APA ITU PONDOK ?
Pondok adalah satu institusi teristimewa dan tinggi kedudukan dalam masyarakat melayu yang mengamalkan penimbaan ilmu secara tradisional. Gedung ini telah diwarisi secara turun-temurun yang berperanan mengenal Allah dan Islam melalui ilmu tauhid, tasauf, fardhu ain dan sebagainya. Perkataan pondok berasal dari perkataan Arab " Funduq" (فندوق ) bererti rumah tumpangan atau tempat menginap pengembara-pengembara. Ada pula yang mendefinisikan sebagai rumah kecil atau pondok kecil yang didirikan untuk sementara waktu di sawah-sawah, ladang atau lain-lain tempat yang mempunyai deretan rumah kecil. Ada pula yang mengatakan perkataan langgar yang berasal dari perkataan Parsi seerti dengan pondok.