|
Kandungan :
Perkahwinan Dalam Islam
Perkahwinan Dalam Islam adalah meliputi pengertian nikah, syarat nikah,
rukun nikah, wali dan saksi serta syarat-syaratnya, hikmat berkahwin,
tanggungjawab Isteri terhadap suami dan tanggungjawab suami terhadap isteri.
Adab & Doa Ketika Berjimak
Adab & Doa Ketika Berjimak mengandungi penerangan ringkas
mengenai adab sebelum, semasa dan selepas jimak serta waktu-waktu jimak
yang sesuai. Ia juga mengandungi hadis dan doa sebagai panduan dan amalan
ketika berjimak.
Adab & Doa Semasa Hamil
Adab & Doa Semasa Hamil pula berkaitan dengan ibu-ibu yang
sedang hamil seperti berdoa agar disejahterakan anak di dalam kandungan,
beribadat kepada Allah SWT dan membaca Al-Quran. seperti surah Al-Fatihah,
Surah Yasin, Surah Yusuf, Surah Maryam dan Surah Luqman dengan bacaan
berkaraoke. Selain itu, terdapat juga doa-doa seperti doa memohon rahmat,
doa agar dipelihara anak dalam kandungan, doa agar dikurniakan anak lelaki
dan doa selepas bersalin.
Adab & Akhlak Suami Isteri
Adab dan Akhlak Suami Isteri adalah mengenai akhlak dan tanggungjawab
suami terhadap isterinya yang sedang hamil dan Isteri yang sedang hamil
terhadap suaminya. Selain dalil-dalil Rasulullah S.A.W, di sertakan juga
firman-firman Allah bagi menyokong keterangan yang diberikan dan panduan
kepada setiap muslim yang bakal dan telah berkahwin.
Panduan Menyambut Kelahiran
Panduan Menyambut Kelahiran menceritakan perkara-perkara yang
perlu dilakukan selepas mendapat anak seperti azan dan Iqamat, upacara
tahnik, hikmat mencukur rambut, aqiqah dan khatan. Penerangan dalam bentuk
Video disediakan bagi menambahkan lagi pengetahuan pengguna.
Panduan Menamakan Anak
Panduan Menamakan Anak menerangkan beberapa panduan untuk memilih
nama-nama anak, waktu-waktu yang sesuai untuk menamakan anak, nama yang
diharuskan dan makruh menurut Islam.
Koleksi Nama-nama Pilihan
Koleksi nama-nama pilihan mengandungi lebih 2000 nama-nama Islam
beraudio. Ia ditulis dalam 2 bahasa iaitu bahasa melayu dan arab serta
mengandungi maknanya sekali. Disusun berdasarkan susunan abjad lelaki
dan perempuan, kombinasi nama-nama indah indah lelaki dan perempuan, nama-nama
tidak elok dan nama-nama baik di sisi Allah.
|