Pengenalan
Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular sekarang ini.
Istilah ini digunakan untuk hampir semua perkara yang berkaitan
dengan ekonomi, sosial dan budaya. Namun maksud harafiah globalisasi
ialah menjadikannya global. Apakah yang dimaksudkan menjadikannya
global? Siapakah yang mengglobalkan sesuatu? Penulisan tentang
ekonomi menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dikaitkan
dengan globalisasi: pasaran bebas, mencipta keuntungan, pengaruh
institusi dan pasaran kewangan antarabangsa terhadap keutamaan
dasar kebangsaan, peranan kecil kerajaan dan saiz belanjawan,
penswastaan pelbagai fungsi yang dahulunya ditanggung oleh kerajaan
(seperti bekalan air, tenaga, perubatan dan perkhidmatan pendidikan),
penyusunan semula pelbagai aktiviti untuk memudahkan pelaburan
yang memberi ganjaran terhadap inisiatif individu dan peningkatan
peranan sektor swasta (Forum Dasar Global, 1998). Inilah amalan
ekonomi bersifat kapitalistik-turbo yang diterima pakai pada dasarnya
oleh negara maju. Kemajuan dalam teknologi komunikasi maklumat
internet menjadikannya mustahil bagi mana-mana negara membebaskan
dirinya daripada fenomena globalisasi. Justeru, globalisasi dilihat
sebagai kuasa luaran yang datang dari barat atau negara maju yang
boleh memberi kesan terhadap aktiviti ekonomi tempatan kita. Dasar
pasaran terbuka adalah suatu cabaran kepada ekonomi tempatan kita
kecuali kita boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih
berkauliti dan infrastruktur kita pula lengkap dan pengurusan
kita cekap. Ketidak tentuan pasaran kewangan berupaya dengan sekelip
mata menjadikan kita lebih miskin, jika nilai saham di pasaran
jatuh dengan mendadak. Penswastaan perkhidmatan beerti perbelanjaan
pengguna. Kos sara hidup akan meningkat. Aktiviti ekonomi tidak
diasingkan mahupun dipencilkan daripada dimensi kehidupan lain.
Apapun, ekonomi merujuk kepada peraturan wang dan sumber di dalam
sebuah negara terutama dari segi pengeluaran, pengagihan dan penggunaan
barangan dan perkhidmatan. Globalisasi aliran dan dasar ekonomi
amat jelas sekali mempunyai kesan terhadap sistem dan budaya di
dalam negara. Walaubagaimanapun, sensitiviti, kebimbangan dan
tindakbalas individu terhadap kesan globalisasi akan berbeza daripada
seorang individu kepada individu yang lain, daripada satu kumpulan
ke satu kumpulan dan daripada kerajaan kepada kerajaan bergantung
pada pengertian globalisasi kepada setiap seorang daripada kita.
Sama ada disedari ataupun tidak, yang pastinya setiap orang terlibat
dengan globalisasi sama ada kita ambil kisah untuk memikirkan
sejenak implikasinya ke atas kehidupan kita ataupun tidak. Pada
peringkat kebangsaan, kerajaan menghendaki kita menguatkan kelebihan
persaingan kita demi kehidupan negara, begitu juga individu.
Untuk hidup kita perlu memahami globalisasi dan memberi tindak
balas secara positif. Beberapa perkara asas yang perlu dilakukan
ialah memastikan bahawa kita cekap dalam cara kita menguruskan
hal ehwal kita dan mesti ada kualiti dalam apa juga produk yang
kita hasilkan atau perkhidmatan yang kita berikan. Sumber utama
kita ialah manusia. Oleh hal yang demikian itu, kita perlu memastikan
bahawa potensi bakat sumber manusia kita cukup membangun. Bukan
sahaja manusia mesti berilmu tetapi mereka mesti juga memuaskan,
bijak, kreatif dan produksi barulah kita dapat mengharapkan sumber
bahan kita diuruskan dengan baik dan kita terus maju dan membangun.
Dengan pengenalan ringkas mengenai globalisasi, kerta kerja ini
memberi fokus kepada cabaran yang dihadapi oleh wanita, peranan
yang boleh mereka mainkan dan tanggungjawab mereka. Kertas kerja
ini berakhir dengan implikasi perbincangan terhadap peranan dan
tanggungjawab wanita.
Impak Globalisasi Terhadap Sosial
Seiring dengan globalisasi ialah penggunaan teknologi tinggi moden
yang mempertingkatkan kecekapan. Urusan boleh diselesaikan dengan
lebih pantas, produktiviti meningkat berlipat ganda, dan tiada
halangan kepada pengagihan produk dan perkhidmatan pada bila-bila
masa dan di mana juga, suatu contoh mudah ialah penyerahan pizza
ke pintu dengan hanya mendail nombor Pizza Hut. Dalam keadaan
lain iklan dihantarkan kehadapan pintu yang memaklumkan orang
ramai mengenai adanya produk yang sering dijual pada harga yang
dikurangkan. Ia mengumpan orang ramai membeli produk ini. Dorongan
untuk berbelanja sentiasa ada biarpun ia atas nama gaya hidup,
keselesaan ataupun kualiti.
Seterusnya, pasaran akan dipenuhi dengan semua jenis teknologi
menggunakan ketuhar sebagai ganti kayu api untuk memasak bagi
mengurangkan masa memasak sebanyak hampir 75 % daripada masa pernah
diambil. Mesin basuh telah mengurangkan satu lagi beban kerja
fizikal daripada banyak wanita. Tetapi pengurangan masa bagi aktiviti
domestik ini tidak memberi kita lebih banyak masa untuk berehat.
Sebaliknya kita penuhi masa kita dengan aktiviti lain seperti
keluar bekerja. Satu-satu faktor yang menentukan sama ada kita
menerima pakai penggunaan teknologi ini ataupun tidak, bergantung
sama ada kita bekerja di luar rumah ataupun tidak dan mempunyai
peruntukan dana yang mencukupi. Senario ini tentu sekali akan
menjadi berbeza di kalangan wanita dari negara berstatus sosioekonomi
yang lebih rendah atau di negara kurang membangun.
Sifat semua aktiviti ekonomi berorientasikan keuntungan, akhirnya
meningkatkan kos kehidupan. Penswastaan perkhidmatan kesihatan
dan pendidikan, secara automatik akan membataskan akses kepada
pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya hanya kepada mereka yang
kaya atau mewah. Jadi, hanya orang yang mewah sahaja akan mendapat
faedah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Apabila situasi ekonomi
jatuh, para pekerja dalam perbadanan multinasional atau sektor
swasta diberhentikan dengan pampasan yang terhad, mungkin juga
cukup untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga untuk beberapa
bulan yang berikut. Bagaimana pula selepas itu?
Peranan Dan Tanggungjawab
Apakah peluang hidup dalam situasi kompleks yang tidak menentu
ini? Sebagai orang Islam kita mesti percaya bahawa kita boleh
hidup. Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan kita yang baginda meninggalkan
kita dua perkara: al-Quran dan al-Sunnah dan sekiranya kita patuh
dengan apa yang ditetapkan kepada kita oleh al-Quran dan al-Sunnah,
kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu harapan itu
ada tetapi bagaimanakah kita melaksanakan ajaran ini?
Peranan utama lelaki dan perempuan adalah sebagai hamba dan khalifah
Allah. Sebagai seorang hamba kita hendaklah patuh pada apa yang
diperintahkan kepada kita dan sebagai khalifah kita adalah (Vicegerent)
wakil Allah. Kita perlu menjaga keselamatan keluarga, masyarakat,
kerajaan, persekitaran dan juga diri kita sendiri. Allah s.w.t.
menyediakan kita dengan sumber asli demi untuk memenuhi keperluan
kita untuk membangunkan sebuah masyarakat bertamadun. Bagaimanapun
kita diperingatkan bahawa kepada Allah kita akan kembali.
Peranan kita sebagai khalifah boleh dilaksanakan dengan banyak
cara bergantung pada kecenderungan, kecekapan, minat dan tentu
sekali peluang kita. Peranan biologi kita sebagai seorang wanita
akan tetap tidak berubah. Kita mesti teruskan dengan proses pembiakan
(penambahan) manusia. Ini bukan hanya untuk kehidupan manusia
tetapi untuk membiarkan kita mengalami faedah, keseronokkan dan
rahmat menjadi seorang wanita dan seorang ibu.
Islam sebagai suatu cara hidup mengutamakan kebersihan dalam setiap
aspek kehidupan biarpun ia fizikal, intelektual, emosional, kerohanian,
mahupun sosial. Sebagai contoh, kita mengambil wuduk lima kali
sehari dengan penuh kesedaran bukan hanya membersihkan diri kita
secara fizikal tetapi membersihkan jiwa kita secara simbolik.
Kita memaaf dan melupakan demi memastikan yang kita bersih dari
segi emosi.
Cara hidup Islam diajar di dalam al-Quran dengan prinsip asasnya
dinyatakan dengan jelas dalam surah al-Fatihah-Ummul Kitab. Pertama
kita dikehendaki mengenali hakikat bahawa kita mempunyai Allah,
pencipta kita yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, Raja Hari
Akhirat. Allah yang kita sembah dan pertolonganNya kita cari.
Kita memohon kepadaNya supaya memberi menunjukkan kepada kita
jalan kehidupan yang lurus, jalan yang dirahmati dan bukannya
jalan salah ataupun jalan mereka yang sesat.
Daripada Surah Azzariat (51:56) kita diajar bahawa Allah mencipta
jin untuk berkhidmat kepada Allah. Daripada Surah al-Mulk (67:2)
kita diingatkan yang Allah berupaya mematikan dan menghidupkan
sesiapa yang dikehendakiNya supaya Dia boleh menguji siapa di
kalangan kita yang terbaik dalam amalan kita. Ia juga mengingatkan
kita kepada Hari Kiamat agar menjalani kehidupan cara Islam bagaikan
menggenggam bara arang, yang pada telahan saya orang Islam sudah
mula mengalaminya hari ini. Kita dihina, dan di bahagian dunia
tentu diancam apabila kita memakai tudung kepala ataupun memakai
jubah. Sesungguhnya ini suatu cabaran kepada orang Islam hari
ini terutamanya mereka daripada generasi hari ini yang lahir apabila
Malaysia berkeadaan lebih baik dari segi kebendaan berbanding
keadaan dua generasi yang lalu.
Peranan Biologi Sebagai Seorang Wanita
Menurut banci penduduk tahun 2000, penduduk Malaysia sekitar 23
juta orang dengan 65.1 %Bumiputera, 49 % wanita dan tahap ubanisasi
kurang daripada 40 % bagi negeri Perlis, Kelantan, Kedah dan Pahang.
Nisbah wanita di Malaysia hampir 50 %. Angka ini hampir setengah
daripada keseluruhan penduduk. Wanita adalah sumber manusia negara.
Kita boleh dan harus bergantung pada kuasa wanita untuk membantu
mengekalkan komitmen negara untuk menjadi negara perindustrian
dan maju. Dari satu segi, Malaysia bernasib baik mempunyai sebilangan
wanita dengan pendidikan di peringkat ketiga (tereiary) yang meneroka
ke dalam pelbagai jenis profesion dan menjawat pelbagai jenis
jawatan termasuk jawatan pengurusan tinggi. Wanita Malaysia, oleh
itu boleh diharapkan untuk memainkan peranan bermakna apabila
berhadapan dengan cabaran globalisasi. Apa yang kita perlukan
ialah supaya semua orang bekerja secara kerjasama untuk menangani
cabaran ini. Justeru, dengan cara itu bolehlah kita mengharapkan
keselarasan dalam rentak tingkahlaku sosial rakyat Malaysia merealisasikan
matlamat pembangunan negara.
Dengan peranan biologi itu, wanitalah yang akan mengandungkan
anak. Bagaimanapun perindustrian, pendidikan dan kelayakkan yang
lebih baik telah menarik wanita untuk menyertai tenga kerja. Tentu
sekali ini mempunyai kesan terhadap kehidupan keluarga. Peranan
ini kelihatan janggal antara satu sama lain. Juga tidak mudah
bagi wanita yang benar-benar berminat dalam kedua-dua kerjaya
dan kehidupan keluarga meninggalkan salah satu daripadanya. Tambahan
pula tidak semua wanita boleh berhenti kerja tetapi semua kanak-kanak
memerlukan penjagaan yang baik. Jadi bagaimanakh perkara ini boleh
diselesaikan? Bagaimanakh penjagaan kanak-kanak boleh diinstitusikan?
Apakah yang mesti dilakukan oleh ibubapa untuk memastikan yang
anak-anak mereka tinggalkan ini apabila mereka pergi bekerja tidak
dinafikan kasih sayang, asuhan mesra dan kasih sayang yang mereka
perlukan bagi pembesaran dan perkembangan yang baik.
Pengasuh anak yang diamanahkan penjagaan anak-anak mereka oleh
ibu adalah orang yang sangat penting bagi anak-anak kita. Kita
perlu pastikan yang khidmat penjagaan kanak-kanak terus memenuhi
standard bagi pembesaran dan perkembangan awal alam kanak-kanak
yang teratur. Bagaimanapun, suami dan isteri tidak boleh mengabaikan
peranan mereka sebagai ibubapa. Paling tidak yang boleh mereka
lakukan ialah memastikan bahawa mereka menjadi model contoh untuk
anak-anak mereka terutama dalam mengekalkan hubungan suami isteri
yang baik. Tahap hubungan antara pasangan mesti menggambarkan
kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Cara
pasangan melayan dan berinteraksi antara satu sama lain boleh
memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan emosi dalam diri
kanak-kanak kerana ciri-ciri tersebut sangat penting bagi pembangunan
keperibadian normal kanak-kanak itu. Dengan menyelesaikan masalah-masalah
emosi itu, kita dapat mengharapkan anak-anak kita membesar dan
berkembang dengan baik dalam aspek lain keperibadian mereka.
Sungguh membimbangkan bagi kita untuk melihat pasangan muda yang
bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin. Kanak-kanak dinafikan
kasih sayang ibubapa, kemesraan dan perhatian. Keperitan hidup
dengan ibu atau bapa tunggal atau tanpa ibubapa adalah berpanjangan.
Masyarakat cenderung mempunyai lebih banyak individu bermasalah
apabila anak-anak kecil ini membesar menjadi remaja dan orang
dewasa. Mungkin ibubapa masa kini untuk memainkan peranan mereka
secara berkesan. Mereka memerlukan kaunseling dan bimbingan ketika
ikatan kasih mereka masih kuat dan bukannya ketika penceraian
akan berlaku. Kursus mengenai perkahwinan diberikan kepada pasangan
yang akan berkahwin. Mungkin juga lebih baik jika pasangan ini
juga diberikan kursus mengenai keibubapaan yang berkesan dan bermakna.
Lembaga Penduduk Dan Perancangan Keluarga Malaysia (LPKM) mempunyai
objektifnya mengukuhkan institusi keluarga dengan mengenal pasti
faktor yang mempengaruhi dan membangunkan serta mempromosi program
keluarga dan keibubapaan dengan matlamat melahirkan rakyat yang
bertanggungjawab. Semoga ibubapa muda kita akan bertindak pantas
dan menyokong usaha yang diambil oleh lembaga untuk memastikan
institusi keluarga di Malaysia kukuh dan kanak-kanak di Malaysia
gembira dan sihat sejahtera.
Sebagai Pemeliharaan Budaya Dan Persekitaran Islam
Globalisasi aliran dan dasar ekonomi mempunyai kesan terhadap
sistem sosial dan budaya di dalam negara. Ini termasuklah kemasukan
budaya Barat yang terdiri daripada makanan segera, perlumbaan
Formula 1 menerusi program budaya dan sukan di TV melalui satelit.
Penggunaan bahasa Inggeris dipromosikan secara hebat dan ini menjadikan
penggunaan bahasa tempatan, iaitu Bahasa Malaysia kurang berfungsi.
Akar budaya keagamaan Bumiputera bagi gaya hidup kita akan digantikan
oleh elemen-elemen asing apabila kita mengizinkan diri kita sendiri
didedahkan pada maklumat dan pengaruh asing tersebut. Kita mungkin
boleh menerima gaya pakaian moden dengan syarat tidak melanggar
batas syariah iaitu menutup aurat.
Apa yang lebih mengancam ialah kemasukan nilai bukan Islam ke
dalam masyarakat kita terutama di kalangan pera belia dan kanak-kanak-
kehidupan bebas antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram
seperti kebebasan menzahirkan perasaan seperti berpelukkan dan
berkucupan di tempat awam cara hidup yang sangat kebendaan dan
individualistik. Nilai yang disebarkan adalah kehidupan bagi yang
paling layak, kesombongan hingga kepada tingkahlaku lucah apabila
cuba mengatasi orang lain, menerima pakaicara hidup berseronok
bagi kehidupan seperti hiburan dan sukan. Kita tiada hak menghalang
apa jua yang ingin dilakukan oleh orang lain. Nilai dan amalan
ini sangat bertentangan dengan cara hidup Islam dan kita terima
secara tradisi. Islam mematuhi batasan tingkahlaku sosial antara
jantina. Islam mengajurkan ketertiban dalam tingkahlaku. Jika
kita mempunyai tanggungjawab dari segala hak untuk menyediakan
cara hidup alternatif terutama bagi mereka yang mengamalkan tingkahlaku
yang tidak diingini kerana kejahilan.
Persekitaran budaya adalah faktor penting dalam kehidupan sesiapa
sahaja khususnya apabila individu itu masih di peringkat pembentukan
pandangan dunia dan set nilainya sendiri. Bagaimana alam persekitaran
terbina akan mempengaruhi secara tidak langsung kegiatan kita.
Sebagai contoh, jika kita mematuhi secara rutin waktu solat kita
dan pembacaan al-Quran pada waktu subuh, ataupun Maghrib, memastikan
program hiburan ditutup semasa azan dan pada waktu solat, anak-anak
kita akan segera dibentuk untuk mengembangkan tabiat yang sama.
Inilah proses penyebaran norma budaya kepada anak kecil kita.
Sebaik sahaja tabiat sedemikian diwujudkan di rumah, ia menjadi
adat bagi mereka untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka
hidup sendiri. Pada masa yang sama juga, menjadi amalan baik untuk
memaklumkan pada anak kita kemungkinan mereka menemui orang yang
tidak mengamalkan norma demikian agar mereka tidak akan terkejut
apabila mereka melihat amalan yang berbeza-beza oleh orang yang
datangna dari bangsa dan agama yang sama.
Beralih keluar dari rumah, pada masa ini kita dapat melihat hakisan
persekitaran Islam di tempat awam seperti digedung membeli belah.
Tidak ada apa yang mengejutkan jika kita berada di kawasan awam
bukan Islam, tetapi menjadi agak membingungkan sekiranya ia kebanyakkannya
dalam kawasan awam orang Islam. Sebagai contoh, kita dapati bahawa
apabila azan berkumandang dan sudah masuk waktu solat, pemilik
kedai makan membenarkan ditayangkan rancangan hiburan TV sekuat-kuatnya.
Kurangnya kepekaan mereka kepada hal-hal demikian adalah suatu
tanda tidak hormat terhadap agama mereka sendiri. Daripada memperkukuhkan
kepatuhan mereka terhadap tradisi Islam, kedai makan dan pemilik
kedai ini mempengaruhi pengunjung supaya meninggalkan kesedaran
dan penghormatan mereka kepada agama mereka. Lama-kelamaan agama
tidak lagi mempunyai kaitan ke atas cara mereka mengendalikan
kehidupan mereka. Hari ini orang ramai mengatakan bahawa agama
adalah hal peribadi dan oleh itu tidak boleh dicampuri secara
umum. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam, iaitu suatu
cara hidup dan kod bernilai perilaku adalah sebahagian darinya.
Kita harus mempromosikan kepatuhan kepada cara hidup Islam. Kita
harus menghormati dan mematuhi waktu solat kita. Pemilik kedai
boleh menutupkan bunyi muzik rock yang sangat kuat itu dan memasangkan
bacaan ayat suci al-Quran khususnya di kedai yang hampir dengan
masjid. Mungkin juga kumpulan wanita boleh bekerjasama dengan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukannya. Contoh amalan
yang mudah ini akan membantu mengingatkan belia kita mengenai
waktu solat mereka. Apa yang penting kepatuhan solat akan menghalang
orang daripada melakukan perkara mungkar. Oleh itu, inilah cara
tidak langsung mengekalkan ciri moral cara hidup Islam. Wanita
sebagai agen penyebaran budaya boleh mencadangkan kepada hal ehwal
agama, meminta pemilik kedai dan restoran melaksanakan tanggungjawab
sosial mereka dengan mewujudkan persekitaran Islam bagi pengunjung
muslim, khususnya pada waktu solat. Amatlah bermanfaat sekiranya
bengkel untuk kumpulan perniagaan diadakan agar mereka memahami
dan menghargai keperluan untuk membantu program pembangunan masyarakat
dalam memupuk kesedaran keagamaan di kalangan masyarakat Islam.
Mungkin juga keterlaluan untuk menutup kedai ketika waktu solat
tetapi tentu sekali tidak mustahil menutup program hiburan semasa
azan. Sebagai ganti, mereka boleh memilih program pembacaan al-Quran
atau perbincangan agama. Islam tidak menghalang membuat keuntungan
tetapi menerima pakai pendekatan hedonisme untuk menggoda orang
mengunjung kedai mereka adalah tindakan yang menjijikan. Tentu
sekali pertama mereka mesti mempercayai bahawa pahala yang diberikan
oleh Allah kerana membuat orang lain sedar dari segi agama adalah
lebih daripada keuntungan yang boleh mereka buat menerusi penyediaan
perkhidmatan mereka.