|
Pendahuluan
Dalam literarul Islam, banyak kisah-kisah berupa sejarah, dan sejarah
ini perlu diangkat kembali ke permukaan bukan untuk diperdebatkan
tarikh tanggalnya dan tang sudah menjadi abu sejarah, tetapi yang
lebih penting adalah untuk diambil hikmah dan nilai yang dikandungnya.
Oleh itu, sejarah harus kita jadikan – yang pertamanya – sebagai
bayan, penjelasan dan keterangan tentang perjalanan manusia masa
lalu.Kedua, hudan spiritual yang mengantarkan kita ke kebenaraan
agama Allah. Dan ketiga, mau’idhah, nasihat yang membangun kesedaran
kita untuk senantiasa mentaati hukum sejarah pada setiap usaha yang
kita lakukan.
Firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 137-138:
Ertinya: sesungguhnya telah banyak percontohan sebelum kamu, maka
dari itu berkelilinglah dibumi dan lihatlah bagaimana kesudahan
orang yang mendustakan. Ini adalah keterangan yang jelas bagi manusia
dan petunjuk serta peringatan bagi orang yang menetapi kewajipan.”
Salah satu dari peristiwa sejarah penting yang diungkapkan oleh
al-Quran adalah peristiwa Isra’ Mi’raj yang berlaku diatas diri
utusanNya sendiri. Kerana itu, jika kita ingin mengenali diri Nabi
s.a.w. secara lebih utuh, mahu tidak mahu kita mesti pelajari nilai
sejarah dan peristiwa penting ini.
Pengertian
Isra’dan mi’raj adalah perjalanan malam luar biasa yang dialami
oleh Nabi Muhammad s.a.w Isra’ secara harfiah bererti: Perjalanan
malam, mengacu kepada perjalanannya dengan arah horizonal (mendatar),
yakni dari al-Masjid al-Haram di Makkah sampai ke Masjid al-Aqsa
di Jerusalem (Palestin)
Manakala Mi’raj adalah secara harfi, ererti tangga atau alat untuk
naik (ke langit), mengacu kepada perjalanan dengan arah vertikal
(menegak), yakni dari bumi naik ke langit. Kebanyakan ulama’ berpendapat
bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab 620H.
Isra’ Nabi Muhammad s.a.w diterangkan dalam surah al- Isra’ ayat
dimana Allah berfirman;
Ertinya:”Maha suci dia yang menjalankan hamba-Nya pada malam hari
dari masjid suci ke masjid yang jauh, yang sekelilingnya kami berkati,
agar kami memperlihatkan kepadanya sebahagian petanda kami. sesungguhnya
Dia Itu Maha Mendengar, Yang Maha Melihat”.
Adapun perjalanan Mi’raj, maka ia tidak dibicarakan dalam al-Quran
sejelas perjalanan Isra’. Namun dengan bantuan kitab-kitab hadith
yang banyak tentang Isra’ dan Mi’raj , para ulama’ berkesimpulan
bahawa keterangan al-Quran dalam surah al-Najm: “Bahawa ia (Nabi
Muhammad) telah melihat Dia pada waktu yang lain, di Sidrat al-Muntaha,
yang didekatnya ada syurga yang al-Ma’wa ....merupakan isyarat yang
telah terjadinya Mi’raj tersebut.
Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Najm ayat (13-14):
Ertinya:”Dan bahawasanya ia (Nabi) telah melihat dia pada waktu
yang lain, di Sidra al-Muntaha,yang didekatnya ada syurga al-Ma’wa”.
Mukjizat
Isra’ mrupakan salah satu mukjizat nabi Muhammad s.a.w. yang tidak
diberikan Allah kepada nabi-nabi lain. Tujuan dari Isra’ dan Mi’raj
ini tidak lain kecuali untuk diperlihakan “sebahagian dari tanda-tanda
kebesaran Allah S.W.T.” sebagaimana yang tercatat dalam surah al-Isra’
ayat 1 dan surah al-Najm ayat 18.
Sehubungan dengan itulah, dalam menyampaikan infomasi tentang
mukjizat yang luar biasa ini, Allah S.W.T. telah memulai firmaNya
dengan mengunakan kalimah tasbih (penyucian). Dalam tatabahasa Arab,
kalimah ini......disebut dengan kalimah I’jaz, iaitu kalimah yang
redaksinya ringkas tetapi isinya padat. Didalamnya ada lafaz tersirat
iaitu .......sehingga kalimah asalnya adalah....”Maha Suci Allah”.
Maknanya Maha Suci Allah dari segala kelemahan. Maha Suci Allah
dari segala kekurangan, Maha Suci Allah dari segala ketidakmampuan
. Jadi, Allah telah mempertaruhkan kesuciannya
Sedangkan pada hakikatnya, banyak peristiwa bersejarah diceritakan
dalam al-Qur’an, tetapi jarang yang diawali dengan kalimah tasbih.
Contohnya al-Qur”an menceritakan bagaimana Allah menciptakan Nabi
Adam, namun tidak dimulai dengan kalimah tasbih. Al-Quran menceritakan
bagaimana Fir”aundan bala tenteranya ditenggelamkan di Laut Merah,
itu kejadian hebat, tetabi tidak dimulai dengan kalimah tasbih.
Demikian juga dengan umat Nabi Saleh, Nabi Hud dan lain-lain yang
tenggelam gempa bumi, ditiup angin taufan, seluruh diceritan dalam
al-Qur’an tetapi tidak satupun yang dimulai dengan kalimah Tasbih.
Jadi, kalau Allah S.W.T. telah mempertaruhkan kesucianNya untuk
membenarkan peristiwa ini, maka apakah berhak bagi seorang muslim
mengingkarinya dengan alsan tidak diterima akal (irrasional)!
Bagaimanapun, peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini tetap melahirkan tiga
kelompok manusia pada masa itu;
1) Kelompok Inkar: Diketuai oleh Abu Jahal dan pegikutnya
2) Kelompok berkecuali: Diketuai oleh Abdullah Bin Ubay
3) Kelompok Beriman: Diketuai oleh Abu Bakar dan para sahabatnya
Bagaimana kelompok terakhir ini yang diketuai oleh Abu Bakar semakin
matang imannya, sehingga apabila ada yang menceritakan kepada beliau
tentang peristiwa Nabi Muhammad s.a.w. berangkat dari Masjid al-Haram
ke Masjid al-Aqsadi di bumi Palestin,kemudian ke Sidrat al-Muntha
dan kembali lagi dalam waktu semalaman, beliau berkata: “Kalau memang
Muhammad yang menceritakan perkara tersebut, janganlah sekadar sampai
kemasjid al-Aqsa diPalestin, bahkan lebih dari itupun, aku tetap
percaya dan yakin”. Kata kebanyakan sumber, sejak peritiwa itulah
maka Abu Bakar dianugerahkan gslarn al-Siddiq (yang menerima kebenaran)
Berdasarkan keterangan-keterangan yang terdapat dalam kitab-kitab
hadith, dapatlah disimpulkan bahawa perjalanan malam itu berlangsung
secepat kilat, dengan ditemani oleh malaikat Jibril dan memakai
kenderaan “buraq”. Dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj inilah nabi
s.a.w. menerima wahyu seperti tersebut dalam surah al-Najm ayat
10:
Ertinya: “Maka Allah mewahyukan kepada hambaNya (Muhammad) apa-apa
yang diwahyukan”.
Menurut Hadith riwayat al-Tirmidzi dan al-Nasai dari Ibnu Mas’ud
atau dalam Sahih Muslim (“Kitabb al-Iman, bab Mambicarakan tentang
sidrat al_Muntaha”), yang diwahyukan oleh Allah itu dalam tiga hal:
Pertama - Kewajipan menegakkan solat
Kedua - Ayat-ayat akhir surah al-Baqarah iaiu ayat 285 – hingga
ayat 286.
Ketiga - Tentang keampunan kepada umat Muhammad s.a.w. yang mengerjakan
dosa
besar dan sudah bertaubat selama umat itu tidak dipersekutukan Allah.
Ayat
yang berkaitan adalah dalam surah al-Nisaa ayat 48:
Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak memberi ampun jika Ia bersekutu
dengan sesuatu, tetapi Ia memberi ampun apa saja yang selain itu,
kepada siapa yang Ia kehendaki. dan barangsiapa yang mempersekutukan
Allah, sesungguhnya ia membuat dosa yang besar”.
Kita juga dapat mengatakan bahawa Isra’ dan Mi’raj ini adlah satu
isyarat penting bahawa peristiwa ini sebagai pegubatan dan pencerahan
kembali (re-enlightenment) mental bagi menyembuhkan penderitaan
masa lalu Nabi s.a.w. dan sebagai petanda masa depan yang gemilang.
Penderitaan masa lalu terjadi kerana Nabi s.a.w.telah kematian
dua orang yang sangat disayanginya iaitu isterinya Khadijah dan
bapa saudaranya Abu Talib , sehingga akibatnya berlaku serentetan
perisiwa di luar batas kemanusiaan ke atas Nabi s.a.w. seperti disakiti
dan dicaci maki.
Rentetan penderitaan inilah yang menyebabkan Allah S.W.T telah
menganugerahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.dengan gelaran iaitu
“hamba”.Maknanya, seseorang manusia itu tidak layak dipanggil hamba
(baca: hamba Allah) bila ia telah banyak merentasi halangan dan
cabaran dengan ikhlas dan beristiqamah seperti nabi. Kerana itu
Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat ! “Maha suci Allah yang
menjalankan hambanNya...”.
Manakala menjadi tanda tentang masa dengan ajaran islam yang gemilang
adalah dengan diperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T. yang
mengatasi segala kekuasaan lainnya.
Perbedaan Pendapat Sekitar Isra’ Mi’raj
Infomasi-infomasi yang bervariasari dari hadith-hadith Nabi s.a.w.
tekah menimbulkan perbezaan tentang berbagai aspek lainnya sekitar
Isra’ dan Mi’raj. Sebagai ulama’ berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj
ini berlangsung dalam keadaan mimpi. Jadi pada saat tidur, kesedaran
Nabi dibukakan sedemikian rupa, sehinggalah ia mengalami perjalanan
yang luar biasa itu dan menyaksikan ayat-ayat keagungan tuhan.
Sebahagian ulama’ yang lain pula cenderung mengatakan bahawa Nabi
dibangunkan dari tidurnya. Kemudian ia dengan jiwa raganya (jasad)
dibawa oleh Jibril untuk menempuh perjalanan malam yang amat jauh
itu (kerana itu disebut hamba, ada kombinasi antara jasad dengan
roh).
Walaupun terdapat perbezaan pemahaman, namun kedua pihak tetap
mengangap peristiwa ini sebagai anugerah Allah kepada Muhammad s.a.w.sebagai
pengalaman yanng luar biasa.
Panduan Ta’abbudi dan Ta’aqquli
Tentang hakikat peristiwa ini tentulah hanya Allah Yang Maha Tahu.
Dan, membahas masalah ini dengan agak keterlaluan, dengan berbagai
hujah tanpa batasan tdaklah relevan dihadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.
Yang jelas, dengan pertolongan ilmu pengetahuan dan teknologi yang
semakin maju, sedikit demi sedikit penjelasan untuk peristiwa ini
akan semakin baik menarik.
Contonya kalau dilihat dalam kehidupan sekarang, manusia sudah mampu
mencipta sesuatu yang tidak pernah terfikir pada masa dahulu seperti
roket, setelit dan berbagai-bagai percubaan sains berasaskan teknologi.
Kalau dahulu manusia membandingkan jarak kelajuan untuk menuju sesuatu
tempat dengan istilah “seaju larian unta ataupun larian kuda”, maka
istilah tersebut kini telah diganti dengan peristilahan “lebih laju
dari kelajuan bunyi dan cahaya”. Ini juga sebahagian dari pembuktian
bahawa semakin laju manusia dan semakin banyak kajian ilmu tentang
alam (the works of Allah), maka manusia akan mengakui tentang adanya
Tuhan. dan pengakuan ini akan lebih cepat sekiranya digabungkan
dengan firman-firmanNya yang berbentuk qauliyyah (the words of Allah).
Maka sudah tentu kejadian yang berlaku pada Nabi dalam Isra’dan
Mi’rajnya ini terjadi dengan kehendak Allah S.W.T. Dimana Nabi s.a.w.
telah dibebaskan dari belenggu dimensi ruang dan waktu, sehingga
beliau dapat melihat dan mengalami hal-hal di masa lalu dan dimasa
mendatang sekaligus. Ini kerana Allah sendiripun tidak terikat dengan
ruang dan waktu, apalagi keduanya (ruang dan waktu) adalah makhluk
ciptaan Allah, seperti juga ciptaan-ciptaanya yang lain.
Kesimpulan
Setelah memperkaya khazanah pengatahuan kita tentang peristiwa
penting ini dan dinamiknya, maka tentulah kita tidak perlu menyibukan
diri dengan masalah hadith Isra’ Mi’raj ini dha’if, tak logik serta
kembali tenggelam dalam pertengkaran di kalangan awam. Untuk itu,
kita perlu berusaha mengganti pertanyaan (why) “kenapa”.
Ini penting dilakukan jika “bagaimana” yang dipertanyakan, maka
masyarakat akan tenggelam dengan cerita-cerita klasik berkaitan
Isra’ Mi’raj seperti; Apakah burag itu bentuknya seperti kuda tetapi
berkepala manusia atau pertanyaan tentang sayap yang tumbuh di badan
buraq, wujud atau tidak!
Tetapi sebaliknya, jika masyarakat mula mempertanyakan peristiwa
tentang Isra’ Mi’raj ini dengan pertanyaan “kenapa”, maka jawapanya
akan lebih menyerang ke hati dan boleh dihubungkan realiti disetiap
masa dan zaman. Terselah kepada keilmuan masing-masing untuk menjelaskannya
berdasarkan aspek iman dan akal. Apapun yang terjadi berkaitan peristiwa
agung ini, hendaklah kita, sebagai seorang muslim, menjadi semakin
mantap imanya.
Sebelum tulusan ini diakhiri, ada baiknya jika direnung kembali
kata-kata seorang pujangga sufi, Abdul Qudus, yang menulis bait
berkaitan peristiwa ini untuk menerangkan kemulian Nabi Muhammad
.s.a.w. yang tetap turun semula ke persada bumi untuk menjadi...”rahmat
disekelian alam” walaupun telah mencapai kedudukan tertinggi disisi
Tuhan. Katanya
“Nabi Muhammad naik kelangit tinggi
lalu kembali,
Aku bersumpah,
demi tuhan!
Kalau aku sudah sampai kesitu
jangan harap aku kembali.....”
(Setiap rencana pilihan petikan dari Majalah
Pengasuh yang diterbitkan dalam ruangan ini, diseliakan oleh Ustaz
Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail).
|