Waktu Solat Bagi Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya
00:00:00
Subuh
Syuruk
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
6:08 pg
7:26 pg
1.21 tgh
4:42 ptg
7:14 mlm
8:24 mlm
 
Carian
    
   
 
   Mutiara Ilmu
   Kaunseling
   Forum &
   e-pembelajaran
   Muzakarah
   Kiraan Zakat
   Khutbah Online
   Fatwa Online
   Link Ilmiah
   Wasiat
   Ruangan Iklan
   Laman Lain

Ash-Har Travel & Tours SDN. BHD.

ALIF CARING CENTRE BERHAD
Laksana Staman
     «« Kembali »»

KOLEKSI KHAZANAH MELAYU

LAKSANA STAMAN

Dikarang oleh :
Muhammad Yusuf Bin Soleh Al-Kelantani,
Kota Bharu, Kelantan.

Terbitan : Mustafa Press, Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 24 Rejab 1374 bersamaan 29 Mac 1954

 

31) TAWARIKH KEMATIAN ORANG BESAR-BESAR NEGERI

1. Kematian orang kaya Indera Guru Terengganu.

Orang kaya Indera Guru Mufti kerajaan Terengganu kembali ke rahmatullah Taala pada malam ahad 26 Rejab 1350 bersamaan 6 Disember 1931, mati di Terengganu, umurnya di dalam 72 tahun. Nama tubuhnya Haji Wan Soleh B. Ismail.

2. Kematian Dato' Abdullah Johor

Dato' Abdullah B. Ja'afar bekas Menteri Besar Johor kembali ke rahmatullah Taala pada sabtu 14 Muharram 1953 bersamaan 28.4.34 . Mati di rumahnya di Siglap Singapura. Allahyarham Dato' Abdullah ini jadi Menteri Besar Johor daripada tahun 1922 sampai tahun 1928 berhentinya.

3. Kematian Dato' Abdul Hamid Johor

Dato' Abdul Hamid B. Yusuf menteri besar Johor kembali ke rahmatullah Taala pada hari Jumaat 22 Ramadhan 1353 bersamaan 28 Disember 1934, mati di Johor. Allahyarham Dato' ini jadi Menteri Besar Johor dari tahun 1931 sehingga habis hayatnya.

4. Kematian Dato' Seri Andika Diraja Terengganu

Dato' Seri Andika Diraja kembali ke rahmatullah Taala pada hari Jumaat 23 Jamadil Awal 1359 bersamaan 28 Jun 1940 waktu pukul 10 pagi, habis hayatnya di Terengganu. Allahyarham Dato' ini nama tubuhnya Al-Haj Ngah B. Muhammad Yusuf.

32) PERBAHASAAN SIA-SIA.

Adalah setengah daripada perbahasaan seperti tutur kata atau kelakuan yang sia-sia itu demikiannya :-

Pertama - Marah atau sombong kepada orang yang tiada takut atau malu ke kita.

Kedua - Merajuk kepada orang yang tiada kasih sayang ke kita.

Ketiga - Menangis kepada orang yang tak kasihan ke kita.

Keempat - Meminta kepada orang yang tiada daya upaya atau tiada jalannya pada menghasilkan permintaan kita.

33) ALAMAT EMPAT

1) Bukan ahli kebajikan
2) Pembohong
3) Kurang pandai dan sedikit pengetahuan
4) Tak cukup berani

Adalah boleh dikatakan sebahagian daripada alamat-alamat pada mengenal manusia atas jalan empat bilangan itu demikiannya :-

Jikalau orang itu mengaku mudah pada sesuatu kebajikan, alamat ia bukan sebenar ahli kebajikan atau ia orang yang semakin terhindar daripadanya.

Jikalau orang itu seumpama pemergiannya kadar sesuku batu, pandangannya tiga empat batu, alamat ia pembohong.

Jikalau orang itu banyak percakapan atau panjang tulisan, pada hal sedikit atau tidak berpadanan kehendak atau bukunya, alamat ia kurang pandai dan sedikit pengetahuan.

Jikalau orang itu suka menakut-nakut orang kepadanya atau suka menjelak-jelak, alamat ia tak cukup berani.

34) TIMBANG RASA

Setengah daripada perkara yang menjadi timbang rasa itu, empat kehendak-kehendak larangan seperti ini :-

1) Jangan tamak atau loba di antara sama manusia.

2) Jangan dengki mendengki.

3) Jangan aniaya atau khianat.

4) Jangan membiarkan kesusahan atau kedukaan yang wajib atau yang harus ditolong.

 
Site Managed by : iKED Systems Sdn Bhd
Email : webmaster@iked.com.my
Jawi & Arabic Digital Technology Developed by : Profficient Computer Technology Sdn. Bhd