|
بسم الله الرحمن
الرحيم
الحمد لله
الذي جعلنا
من عباده المؤمنين
، ووفقنا لإقامة
الدين ، والصلاة
والسلام على
سيدنا محمد
القائل من يرد
الله به خيرا
يفقهه في الدين
، وعلى آله وصحبه
أجمعين .
Risalah
kecil ini datang menemui adik-adik saudara kaum muslimin
bagi menjelaskan cara-cara urusan fardhu
kifayah yang mesti disempurnakan oleh orang-orang Islam terhadap
seseorang Islam yang telah mati sama ada kecil atau besar, lelaki
maupun perempuan, kita sedia maklum dan
percaya setiap yang hidup pasti akan berkesudahan dengan mati .
Firman Allah SWT :
Ertinya
: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawa pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan amalan kamu, ketika
itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan
di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya)
tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
Hidup
lawannya mati, selepas mati kemudian manusia akan dibangkit hidup
semula pada hari kiamat bagi menerima balasan di atas segala amalan
dan perbuatannya di dunia ini.
Sabda
Nabi SAW :
عن عرو بن
ميمون الأودي
, رضي الله عنه
, قال : قال رسول
الله صلى الله
عليه وسلم لرجل
وهو يعظه إغتنم
خمسا قبل خمس
, شبابك قبل هرمك
, وصحتك قيل سقمك
, وغناك قبل فقرك
, وفراغك قبل
شغلك , وحياتك
قبل قومك .
Ertinya
: Daripada Amru Bin Maimun
Al-Aidi R.A, katanya Rasulullah S.A.W ada bersabda kepada seorang,
menasihatkannya : "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya
keadaan yang lain, keadaan mudamu sebelum
datang keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum
datangnya keadaan sakitmu, dan keadaan
berada (kaya)mu sebelum datangnya keadaan fakir (berhajat)mu dan
keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan
sibukmu, dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu.
(hadis riwayat At-tirmizi).
Dan
Sabda Nabi SAW lagi :
اكيس الناس
اكثرهم ذكر
الموت واشدهم
استعدادا له
اولئكهم الاكياس
, ذهبوا بشرف
الدنيا وكرامة
الأخرة .
Ertinya
: Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada
mati serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi mati itu,
mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar cerdik. Dan mereka
akan pergi ke alam akhirat (alam baqa') dalam keadaan mulia di dunia
dan membawa iman dan amalan yang akan memberi kemuliaan di akhirat (beramal sempurna untuk mendapat balasan di akhirat
tanpa meninggal nikmatnya di dunia).
PERKARA-PERKARA
YANG WAJIB TERHADAP ORANG MATI
Perkara-perkara
yang wajib terhadap orang mati (fardu kifayah) empat perkara :
- Memandikan mayat.
- Mengapankannya.
- Sembahyang ke atasnya.
- Mengebumikannya.
1.
Memandikan Mayat
Salah
satu daripada mandi yang diwajibkan ialah memandikan mayat dan adalah
fardu kifayah dan disyaratkan :
1.
Mayat
itu mayat orang Islam.
2.
Mayat
itu ada tubuh walau sedikit sekalipun.
3.
Mayat
itu bukan mati syahid ma'rakah.
Cara
Memandikan Mayat
Sebelum
seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa
perkara supaya setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang
dan dibawa ke kubur untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan
lagi itu :
- Disediakan air mutlak secukupnya.
- Air daun bidara atau sabun mandi.
- Air kapur baruh. Ketiga perkara ini
alat untuk memandikan mayat.
- Kain kapan secukupnya.
- Kapas satu bungkus.
- Air mawar.
- Serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau
lainnya).
- Pengusung mayat (keranda).
- Kayu tudung liang lahad atau lung.
- Kain untuk tudung keranda atau pengusung
untuk diusung ke kubur.
- Ugupan (kemenyan)
dan bekas bara api.
Setelah
semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang
pun ada, mayat dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat
yang sesuai untuk dimandikan mayat, mula-mula :
- Disalinkan pakaiannya (pakaian-pakaian basahan).
- Diletakkan di atas tempat tinggi atau
di riba oleh keluarganya. Dan orang yang memandikan mayat seelok-eloknya
memakai sarung tangan.
- Dibersihkan najis pada tubuh jika ada.
- Dihilangkan perkara yang menegah sampai
air ke seluruh badannya.
- Diangkatkan sebelah atas tubuhnya (sebelah
kepala) dan disandarkan punggungnya ke paha atau sesuatu. Dan
diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit dengan perlahan-lahan
supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari duburnya (Nguwam) kemudian dibasuh duburnya seperti biasa.
- Mayat ditelentangkan, dimandikan dengan
air mutlak meratakan tubuhnya dan digosok, seperti mandi wajib
daripada janabat, haid atau sebagainya, supaya meratai air ke
seluruh badan termasuk celah-celah paha. Lipatan-lipatan dan sebagainya.
- Disugikan mulutnya dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan
khas baginya dan dicungkilkan di celah-celah
kuku jika perlu, dan diselati celah-celah
jari atau janggutnya jika ada dan perlu disisir rambutnya.
- Kemudian dibalik
badannya sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucur
air mutlak, digosok-gosok dan dicucur
air hingga rata.
- Dibalik pula tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke
bawah dan dicucuri air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa
melintang, menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang
segala kekotoran dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur
baruh atau sabun bagi memudahkan hilang kekotoran daki jika ada.
Sekali
rata semua tubuh sekali. Kemudian dicucur
lagi hingga tiga kali rata air rata, kemudian dicucur
air daun bidara diakhiri dengan air kapur baruh (semolek-moleknya
3 kali).
Orang
yang berhak memandikan mayat
Orang
yang lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang
terdekat jika ia pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya
yang lebih dan beramanah walau macam mana sekalipun mayat lelaki
hendaklah dimandikan oleh orang lelaki atau isterinya atau orang
yang haram nikah dengan si mati, begitu juga mayat wanita hendaklah
dimandikan oleh wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah
dengannya.
Jika ketiadaan
mereka-mereka seperti ini ditayamumkan
sahaja, seperti mayat perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya
atau mahramnya begitu juga sebaliknya.
Setelah
selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan
kain yang bersih.
Semasa
menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka
auratnya dan di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak
hanya orang yang perlu sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati
dan seorang kerabatnya yang terdekat.
2.
Fardu Kifayah yang kedua terhadap mayat orang Islam ialah kapan.
Setelah
selesai dimandikan dan disalin kainnya dengan kain yang bersih mayat
dikapankan iaitu :
- Kain kapan telah disediakan, yang wajibnya
selapis bagi lelaki dan perempuan. Dan afdal bagi lelaki tiga
lapis bungkus lepuk (tanpa baju dan serban) menggunakan kain kapan
berwarna putih menutup seluruh badannya dan salah satu daripadanya
kain pakai atau tiga lapis selain daripada kain pakai dan boleh
dipakai baju dan serban dengan dua lapis kain kapan yang lain.
Manakala
bagi mayat perempuan afdal lima lapis iaitu kain pakai di pinggang,
baju, telekung atau kain tudung kepala dan dua lapis kain kapan
yang lain menutup semua tubuhnya (badan mayat).
- Kain kapan dihampar sehelai demi sehelai
dan ditaburkan di atasnya dengan serbuk pewangi seperti debu kayu
gaharu atau kapur baruh atau sebagainya dialas di atas kain kapan
dengan kapas dan direnjis air mawar atau sebagainya.
- Mayat lelaki dipakai kain lebih dahulu
baru diletak di atas kain kapan tersebut, kedua tangan mayat diletak
ke atas badannya, tangan kanan diletak di atas di atas tangan
kirinya seperti semasa kiam sembahyang atau kedua-dua tangannya
diluruskan menurut badannya.
Dan
bagi mayat perempuan dipakai kainnya, bajunya lebih dahulu kemudian
baru diletak di atas kain kapan yang terhampir itu. Tangannya diletak
sama seperti lelaki juga kemudian dipakai telekung atau kain tudung
kepala.
- Kapas digunakan untuk menutup lipatan-lipatan
badan, sendi-sendi dan muka si mati sebelum dibungkus dengan kain
kapan.
- Kain kapan hendaklah ditutup (dibalut
tubuh si mati) selapis demi selapis kemudian diikat dengan tali
daripada kain putih juga jika ada supaya tidak terbuka. Sebaik-baik
ikatan lima ikatan ; di bahu, di punggung, di betis, di hujung
kepala dan hujung kaki. Ikatan itu dibuka semasa hendak dikebumikan
dan setelah dimasukkan ke dalam kubur.
3.
Fardu Kifayah yang Ketiga
Fardu
kifayah yang ketiga wajib dilakukan ke atas mayat orang Islam ialah
sembahyang iaitu setelah selesai kapan, mayat diletakkan di tempat
yang suci atau di dalam usungan. Jika mayat lelaki kepalanya di
sebelah kiri orang yang hendak sembahyang ke atasnya, dan kakinya
di sebelah kanan mereka tersebut.
Dan jika
mayat perempuan adalah sebaliknya dan diletak terlentang melintang
kiblat di sebelah hadapan. Orang hendak sembahyang ke atasnya dan
ditudung dengan kain yang bersih.
Rukun
Sembahyang Mayat
Rukun
sembahyang mayat tujuh perkara :
- Niat sembahyang ke atas mayat.
- Takbir Allahuakbar empat kali.
- Berdiri betul bagi orang yang berkuasa.
- Membaca Al-Fatihah selepas Takbiratul Ihram.
- Berselawat ke atas Nabi SAW selepas
takbir kali yang kedua.
- Doa bagi si mati selepas takbir yang
ketiga.
- Memberi salam "Assalamualaikum
warahmatullah" selepas takbir yang keempat.
Cara-cara
sembahyang ke atas mayat
Mula-mula
berdiri betul dan bertakbiratul Ihram
"Allahuakbar" disertakan dengan niat iaitu jika mayat
orang lelaki :
أُصَلِّي
عَلَى هَذَا
الْمَيِّتِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat lelaki empat takbir kerana
Allah Taala.
Jika mayat
perempuan dewasa lafaz niatnya :
أُصَلِّي
عَلَى هَذِهِ
الْمَيِّتَةِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat perempuan empat takbir kerana
Allah Taala.
Dan lafaz
niat bagi mayat kanak-kanak lelaki :
أُصَلِّي
عَلَى هَذَا
الْمَيِّتِ
الطِّفْلِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak lelaki empat
takbir kerana Allah Taala.
Dan jika
mayat kanak-kanak perempuan lafaz niatnya :
أُصَلِّي
عَلَى هَذِهِ
الْطِّفْلَةِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak perempuan empat takbir
kerana Allah Taala.
Dan lafaz
niat bagi sembahyang mayat yang ghaib :
أُصَلِّي
عَلَى مَيِّتِ
فُلاَنٍ بْنِ
فُلاَنٍ الْغَائِبِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak si anu yang ghaib empat
takbir kerana Allah Taala.
Jika mayat
ghaib itu perempuan :
أُصَلِّي
عَلَى مَيِّتَةِ
فُلاَنَةٍ
بْنِت فُلاَنٍ
الْغَائِبَةِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak perempuan si anu yang
ghaib empat takbir kerana Allah Taala.
Semua
lafaz ini bagi sembahyang berseorangan, jika berimam sebut jadi
imam atau mengikut imam mana yang berkenaan.
(اِمَامًا
ِللهِ تَعَالَى)
Atau
(مَأْمُوْمًا
ِللهِ تَعَالَى)
Jika
mayat yang hadir itu ramai, lafaz niatnya :
أُصَلِّي
عَلَى هَؤُلاَءِ
الأَمْوَاِتِ
أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ
ِللهِ تَعَالَى
Ertinya
: Sengaja aku sembahyang di atas semua mayat ini empat takbir kerana
Allah taala.
Jika seorang
diri tetapi jika berimam sama seperti lafaz di atas tadi menyebut
imam atau mengikut imam.
Selepas
takbiratul Ihram baca surah Al-Fatihah dari awal hingga akhirnya,
setelah habis Fatihah takbir kali yang
kedua "Allahuakbar"
Selepas
takbir ini berselawat ke atas Nabi SAW iaitu seperti :
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Dan sunat
ditambah
كَمَا صَلَّيْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيْم
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
, وَبَارِكْ
عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ
عَلَى سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
إِبْرَاهِيْمَ
فِيْ الْعَالَمِيْنَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَّجِيْدٌ
.
Kemudian
takbir kali yang ketiga, selepas takbir ini baca dengan doa bagi
mayat seperti:
اللّهُمّ
اغْفِرْ لَهُ
وَارْحَمْهُ
وَعَافِهِ.
وَاعْفُ عَنْهُ.
Dan sunat
menambah
وَأَكْرِمْ
نُزُلَهُ. وَوَسِّعْ
مُدْخَلَهُ.
وَاغْسِلْهُ
بِالْمَاءِ
وَالثّلْجِ
وَالْبَرَدِ,
وَنَقِّهِ
مِنَ الْخَطَايَا
كَمَا نَقَّيْتَ
الثَّوْبَ
الأَبْيَضَ
مِنَ الدَّنَسِ.
وَأَبْدِلْهُ
دَاراً خَيْراً
مِنْ دَارِهِ.
وَأَهْلاً
خَيْراً مِنْ
أَهْلِهِ وَزَوْجَاً
خَيْراً مِنْ
زَوْجِهِ. وَأَدْخِلْهُ
الْجَنَّةَ
وَأَعِذْهُ
مِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ
وَفِتْنَتِهِ
وَ مِنْ عَذَابِ
النَّارِ .
Ertinya
: Ya Allah ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah
tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air
salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan
(dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah
tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga)
yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada
sahabatnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungkan dia
daripada seksa kubur dan seksa neraka.
Ini lafaz
doa bagi mayat lelaki jika perempuan semua ha' dhomir
ditukar kepada haa seperti :
اللّهُمّ
اغْفِرْ لَهَا
وَارْحَمْهَا
وَعَافِهَا.
وَاعْفُ عَنْهَا
Dan seterusnya
kecuali :
وَفِتْنَتِهِ
Dikekalkan
hi berbaris di bawah iaitu :
وَأَعِذْهَا
مِنْ عَذَابِ
الْقَبْرِ
وَفِتْنَتِهِ
وَ مِنْ عَذَابِ
النَّارِ
Dan
jika mayat kanak-kanak lelaki doanya :
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْهُ
فَرَطًا ِلأَبَوَيْهِ
, وَسَلَفًا
وَذُخْرًا
وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا
وَشَفِيْعًا
وَثَقِّلْ
بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا
, وَأَفْرِغِ
الصَبْرَ عَلَى
قُلُوْبِهِمَا
وَلاَ تَفْتَنْهُمَا
بَعْدَهُ , وَلاَ
تَحْرِمْهُمَا
أَجْرَهُ .
Dan
doa bagi mayat kanak-kanak perempuan :
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْهَا
فَرَطًا ِلأَبَوَيْهَا
, وَسَلَفًا
وَذُخْرًا
وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا
وَشَفِيْعًا
وَثَقِّلْ
بِهَا مَوَازِيْنَهُمَا
, وَأَفْرِغِ
الصَبْرَ عَلَى
قُلُوْبِهِمَا
وَلاَ تَفْتَنْهُمَا
بَعْدَهَا
, وَلاَ تَحْرِمْهُمَا
أَجْرَهَا
.
Selepas
itu takbir "Allahuakbar" kali yang keempat kemudia
membaca doa :
اَللَّهُمَّ
لاَ تَحْرِمْنَا
أَجْرَهُ وَلاَ
تَفْتِنَّا
بَعْدَهُ وَاغْفِرْ
لَنَا وَِلإِخْوَانِنَا
الَّذِينَ
سَبَقُونَا
بِالإِيمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ
فِي قُلُوبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِينَ
ءَامَنُوا
رَبَّنَا إِنَّكَ
رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Doa
ini kepada mayat lelaki dan jika mayat perempuan dhomir
berbaris hadapan di ganti dengan haa seperti
:
اَللَّهُمَّ
لاَ تَحْرِمْنَا
أَجْرَهَا
وَلاَ تَفْتِنَّا
بَعْدَهَا
Dan seterusnya.
Ertinya
: Ya Allah, janganlah Engkau tahankan kami ganjaran pahalanya dan
janganlah Engkau fitnahkan kami selepas kematiannya, ampunilah kami
dan juga dia yang telah mati dan ampunilah saudara-saudara kami
yang telah mendahului kami dengan beriman dan jangan Engkau jadikan
di dalam hati kami kebencian / kecemburuan terhadap orang-orang
yang beriman sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi Pengasih
dan Penyayang.
Doa ini
sunat jua tidak rukun.
Kemudian
memberi salam "Assalamualaikum warahmatullah"
seperti lain-lain sembahyang jua iaitu disudahi dengan memberi salam.
Setelah
selesai sembahyang dengan memberi salam baca Al-fatihah
dan dibaca doa bagi si mati
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ قَبْرَهُ
رَوْضَةً مِنْ
رِيَاضِ الْجَنَّةِ
, اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبُّهُ
وَأَنْتَ خَلَقْتَهُ
وَأَنْتَ هَدَيْتَهُ
لِلإِْسْلاَمِ
وَأَنْتَ قَبَضْتَ
رُوْحَهُ وَأَنْتَ
أَعْلَمُ بِسِرِّهِ
وَعَلاَنِيَتِهِ
وَقَدْ جِئْنَاكَ
شُفَعَاءَ
لَهُ وَِلاِخْوَانِنَا
الَّذِيْنَ
سَبَقُوْنَا
بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ
فِيْ قُلُوْبِنَا
غِلاًّ لِلَّذِيْنَ
آمَنُوْا رَبَّنَا
إِنَّك رَؤُوْفٌ
رَّحِيْم , وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
, سُبْحَانَكَ
رَبِّ الْعِزَّةِ
عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ
عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ
وَالْحَمْدُ
ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ.
Lafaz
doa ini bagi mayat lelaki, jika mayat perempuan diubah dhomir
"hu" itu kepada "haa"
seperti :
اَللَّهُمَّ
اجْعَلْ قَبْرَهَا
- اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبُّهَا
- وَأَنْتَ خَلَقْتَهَا
Atau
doa ini :
اَللَّهُمَّ
هَذَا عَبْدُكَ
وَابْنُ عَبْدَيْكَ
, خَرَجَ مِنْ
رَوْحِ الدُّنْيَا
وَسَعَتِهَا
, وَمَحْبُوْبِهِ
وَأَحِبَّائِهِ
فِيْهَا إِلَى
ظُلْمَةِ الْقَبْرِ
وَمَاهُوَ
لاَقِيْهِ
, كَانَ يَشْهَدُ
أَنْ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اَنْتَ
وَحْدَكَ لاَ
شَرِيْكَ لَكَ
, وَأَنَّ مُحَمَّدً
عَبْدُكَ وَرَسُوْلُكَ
, وَأَنْتَ أَعْلَمُ
بِهِ مِنَّا
.
اَللَّهُمَّ
إِنَّهُ نَزَلَ
بِكَ وَأَنْتَ
خَيْرُ مَنْزُوْلٍ
بِهِ , وَأَصْبَحَ
فَقِيْرًا
إِلَى رَحْمَتِكَ
, وَأَنْتَ غَنِيٌّ
عَنْ عَذَابِهِ
, وَقَدْ جِئْنَاكَ
رَاغِبِيْنَ
إِلَيْكَ , شُفَعَاءَ
لَهُ.
اَللَّهُمَّ
إِنْ كَانَ
مُحْسِنًا
فَزِدْ فِيْ
إِحْسَانِهِ
, وَإِنْ كَانَ
مُسِيْئًا
فَتَجَاوَزَ
عَنْهُ , وَلَقِّهِ
بِرَحْمَتِكَ
رِضَاكَ , وَقِهِ
فِتْنَةَ الْقَبْرِ
وَعَذَابِهِ
. وافْتَحْ لَهُ
فِيْ قَبْرِهِ
, وَجَافِ اْلأَرْضَ
عَنْ جَنْبَيْهِ
، وَلَقِّهِ
بِرَحْمَتِكَ
اْلأَمْنَ
مِنْ عَذَابِكَ
حَتىَّ تَبْعَثَهُ
إِلَى جَنَّتِكَ
يَااَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
.
Doa
ini untuk si mati lelaki, jika si mati perempuan, maka lafaz doanya
sebagai berikut :
اَللَّهُمَّ
هَذَهِ اَمَتُكَ
وَبِنْتُ عَبْدَيْكَ
, خَرَجَتْ مِنْ
رَوْحِ الدُّنْيَا
وَسَعَتِهَا
, وَمَحْبُوْبِهَا
وَأَحِبَّائِهَا
فِيْهَا إِلَى
ظُلْمَةِ الْقَبْرِ
وَمَاهِيَ
لاَقِيَتْهُ
, كَانَتْ تَشْهَدُ
أَنْ لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اَنْتَ
وَحْدَكَ لاَ
شَرِيْكَ لَكَ
, وَأَنَّ مُحَمَّدً
عَبْدُكَ وَرَسُوْلُكَ
, وَأَنْتَ أَعْلَمُ
بِهَا مِنَّا
.
اَللَّهُمَّ
إِنَّهَا نَزَلَتْ
بِكَ وَأَنْتَ
خَيْرُ مَنْزُوْلٍ
بِهَا , وَأَصْبَحَتْ
فَقِيْرَةً
إِلَى رَحْمَتِكَ
, وَأَنْتَ غَنِيٌّ
عَنْ عَذَابِهَا
, وَقَدْ جِئْنَاكَ
رَاغِبِيْنَ
إِلَيْكَ , شُفَعَاءَ
لَهَا.
اَللَّهُمَّ
إِنْ كَانَتْ
مُحْسِنَةً
فَزِدْ فِيْ
إِحْسَانِهَا
, وَإِنْ كَانَتْ
مُسِيْئَةً
فَتَجَاوَزَ
عَنْهَا , وَلَقِّهَا
بِرَحْمَتِكَ
رِضَاكَ , وَقِهَا
فِتْنَةَ الْقَبْرِ
وَعَذَابِهِ
. وافْتَحْ لَهَا
فِيْ قَبْرِهَا
, وَجَافِ اْلأَرْضَ
عَنْ جَنْبَيْهَا
، وَلَقِّهَا
بِرَحْمَتِكَ
اْلأَمْنَ
مِنْ عَذَابِكَ
حَتىَّ تَبْعَثَهَا
إِلَى جَنَّتِكَ
يَااَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ
.
Beberapa
perkara sunat bagi sembahyang jenazah
- Sunat bagi imam berdiri berbetulan dengan
kepala mayat jika si mati itu lelaki, dan berdiri berbetulan dengan
pinggang mayat jika si mati itu perempuan.
- Sunat sembahyang jenazah di masjid.
- Sunat berjemaah - makin ramai orang
yang bersembahyang jenazah makin besar faedah dan kelebihannya.
Bilangan sepatutnya tidak kurang daripada empat pulut orang dan
jika boleh cukup seratus orang atau lebih.
- Mengangkat dua tangan semasa bertakbir
pada tiap-tiap kali (sebanyak empat kali).
- Perlahankan bacaan.
- Membaca A'uzubillah
sebelum bismillah.
- Sunat dijadikan tiga saf jika makmun ramai iaitu sekurang-kurang dua orang bagi satu-satu
saf.
4.
Fardu kifayah yang keempat terhadap mayat orang Islam, mengebumikannya.
Iaitu
apabila seorang Islam mati wajiblah ia dimandikan, dikapankan, disembahyangkan
dan dikebumikan (dikuburkan).
Sekurang-kurang
kubur yang wajib ialah yang dapat menahan daripada keluar bau dan
terselamat daripada dibongkar oleh binatang buas. Dalamnya lebih
daripada seperdirian manusia biasa sekadar setengah hasta dan sebaik-baiknya
dibuat liang lahad (ini lebih afdal) iaitu dikorek lubang di sebelah
kiblat lubang kubur sekadar termuat mayat jika tanah kubur itu keras
(liat) tetapi jika tanah itu perus (mudah runtuh) memadai digali
di tengah-tengah lubang kubur itu seperti parit bagi memudahkan
letak mayat.
Cara
menurunkan mayat ke dalam kubur
Mayat
hendaklah diusung dan dimasukkan pengusung ikut sebelah kaki kubur
dan diletakkan mayat yang di dalam pengusung itu di tepi kubur (sebelah
balik kaki kubur) dan dikeluarkan mayat daripada pengusung itu kepada
terus diturunkan ke dalam kubur dan ditarik pengusung ikut sebelah
kaki mayat. Mayat sunat disambut oleh tiga orang di dalam kubur,
semuanya lelaki tidak kecuali mayat lelaki atau perempuan. Sebaiknya
kerabat si mati yang lebih dekat kalau mayat itu perempuan yang
bersuami salah seorang ialah suaminya sendiri. Mayat diletak dalam
liang lahad dengan mengadap kiblat iaitu
menyenggeng di atas lambung kanan atau tengah lorong yang
dibuat di tengah lubang kubur dengan cara yang sama dan ditutup
dengan papan atau long mana yang berkenaan.
Disunatkan
semasa memasuk mayat ke dalam kubur membaca :
1.بِسْمِ اللهِ
عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ
2. مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ
, وَفِيْهَا
نُعِيْدُكُمْ
، وَمِنْهَا
نُخْرِجُكُمْ
تَارَةً أُخْرَى
Dan
sunat diraup tanah tiga kali raup- raup yang pertama di baca مِنْهَا
خَلَقْنَاكُمْ dan dijatuhkan tanah itu ke
dalam kubur dan diraup kali kedua baca وَفِيْهَا
نُعِيْدُكُمْ dan dijatuhkan ke dalam kubur,
diraup kali ketiga baca وَمِنْهَا
نُخْرِجُكُمْ
تَارَةً أُخْرَى dan dijatuhkan ke dalam kubur juga.
Semasa
menurunkan mayat sunat ditudung dengan kain di atas muka kubur lebih-lebih
lagi (sunat muakkadah) jika mayat itu mayat perempuan atau khunsa.
Kubur
sunat dikambus dan ditinggikan sedikit sekadar sejengkal tetapi
tidak membusut tinggi bahkan seperti sutuh.
الحمد لله
اولا واخرا
والصلاة والسلام
على رسوله المصطفى
وعلى آله وصحبه
أجمعين والحمد
لله رب العالمين
.
|