|
Firman Allah Taala :
اُدْعُوْا
رَبَّكُمْ
تَضَرُّعًا
وَخُفْيَةً
(الأعراف
: 55)
Maksudnya : Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara
yang lembut
Firman Allah Taala :
وَمِنَ
اللَّيْلِ
فَتَهَجَّدْ
بِهِ نَافِلَةً
لَكَ عَسَى
أَنْ يَبْعَثَكَ
رَبُّكَ مَقَامًا
مَحْمُودًا
(الإسراء
: 79)
Maksudnya : Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada
hari akhirat di tempat yang terpuji.
MUQADDIMAH QIAMULLAIL
1. Galakan
Berbuat amal ibadat di tengah malam, dengan mengerjakan sembahyang sunat
Tahajjud, Witir, serta lain-lain amalan seperti membaca Al-Quran
, berzikir , beristighfar, berdoa dan sebagainya adalah merupakan
Qiamullail, yang sangat-sangat digalakkan dalam Islam.
Di dalam Al-Quran Al-Karim terdapat firman Allah SWT yang bermaksud : Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang
tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga
Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat
yang terpuji. (Maksud ayat 79 Al-Isra')
Suruhan dalam ayat yang tersebut ini, walaupun ditujukan dengan khusus
untuk Rasulullah SAW, tetapi orang-orang Islam itu disuruh mengikut
baginda, maka adalah suruhan Allah Taala itu merupakan suruhan juga
terhadap orang-orang Islam Amnya.
2. Kelebihannya.
Allah SWT. menyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim bahawa orang-orang yang
sentiasa bertaqwa dan mengerjakan "Qiamullail" dengan
beramal ibadat dan memohon keampunan dari Allah itu adalah orang-orang
yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak
mendapat balasan yang baik, rahmat Allah dan Syurga. Firman Allah
di dalam Al-Quran :
إِنَّ
الْمُتَّقِينَ
فِي جَنَّاتٍ
وَعُيُونٍ
, ءَاخِذِينَ
مَا ءَاتَاهُمْ
رَبُّهُمْ
إِنَّهُمْ
كَانُوا قَبْلَ
ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
, كَانُوا قَلِيلاً
مِنَ اللَّيْلِ
مَا يَهْجَعُونَ
, وَبِاْلأَسْحَارِ
هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
,
(الذاريات
: 15-18)
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan
di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang
diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia
dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar
kepada Allah (memohon ampun).
Allah SWT. memuji-muji dan merakamkan sebutan baik terhadap orang-orang
yang tersebut itu serta mengkategorikan mereka ke dalam jumlah hamba-hambaNya
yang "Abrar"- orang-orang yang bernakti dengan mengerjakan
taat dan amal kebajikan. Orang-orang Abrar ini tempatnya di dalam
Syurga yang penuh dengan berbagai-bagai nikmat. Firman Allah Taala
:
وَعِبَادُ
الرَّحْمَنِ
الَّذِينَ
يَمْشُونَ
عَلَى اْلأَرْضِ
هَوْنًا وَإِذَا
خَاطَبَهُمُ
الْجَاهِلُونَ
قَالُوا سَلاَمًا
, وَالَّذِينَ
يَبِيتُونَ
لِرَبِّهِمْ
سُجَّدًا وَقِيَامًا
,
(الفرقان
:63-64)
Maksudnya : Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya),
ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila
orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara
yang tidak diingini; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah)
yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari
dengan sujud dan berdiri,
Orang-orang yang melalui malam hari dengan bersahur dan berdiri untuk Tuhan
mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang sembahyang tahajjud
di malam hari semata-mata kerana Allah Taala.
Dan di samping itu Allah SWT juga bersaksi dan mengakui bahawa mereka itu
ialah orang-orang yang beriman. Firman Allah Taala :
إِنَّمَا
يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا
الَّذِينَ
إِذَا ذُكِّرُوا
بِهَا خَرُّوا
سُجَّدًا وَسَبَّحُوا
بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَهُمْ لاَ
يَسْتَكْبِرُونَ
, تَتَجَافَى
جُنُوبُهُمْ
عَنِ الْمَضَاجِعِ
يَدْعُونَ
رَبَّهُمْ
خَوْفًا وَطَمَعًا
وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنْفِقُونَ
,
(السجدة
: 15-16)
Maksudnya : Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat
keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan
dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri
sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan
bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap
sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit
sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal
soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan
takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi
lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka.
Itulah sebahagian dari ayat-ayat Quran yang menunjukan kelebihan Qiamullail-beribadat
di tengah malam. Manakala di dalam hadis Rasulullah SAW. pula di
antaranya ialah sebagaimana berikut :
Berkata Abdullah bin Muslim : Pada permulaan Rasulullah SAW. ke Madinah,
berkejaranlah orang ramai mengunjungi kepada baginda, dan aku adalah
serorang dari mereka yang mengunjunginya, maka manakal aku memerhatikan
mukanya dan aku telah mengenalnya, mengetahuilah aku bahawa wajahnya
bukanlah wajah manusia jenis pendusta . Kata Abdullah selanjutnya
: Apa yang mula-mula sekali aku dengar percakapannya ialah sabdanya
: "Wahai manusia ! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan,
hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam
di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan
selamat".(Hadis Riwayat Tirmizi)
Berkata Salman Al-Farisi : Rasulullah SAW. telah bersabda Maksudnya :
"Hendaklah kamu mengerjakan Qiamullai, kerana iaitu ibadar kelaziman
orang-orang soleh sebelum kamu dan juga menghampirkan kamu kepada
Tuhan kamu, yang mengkafaratkan bagi kesalahan-kesalahan, mencegah
dari berbuat dusta dan membuang penyakit dari tubuh badan".
Dan berkata Suhal b. Saad : Telah datang Jibril kepada Rasulullah SAW,
lalu berkata :
Hai Muhammad ! Hiduplah atas apa cara yang tuan hamba mahu kerana tuan
hamba akan mati, kerjakanlah apa yang tuan hamba mahu kerana dengannya
tuan hamba akan dibalas, dan cintailah sesiapa yang tuan hamba mahu
kerana tuan hamba akan meninggalkannya. Dan ketahuilah bahawa kemuliaan
seseorang mukmin itu ialah Qiamullai dan harga dirinya ialah terkayanya
(tidak meminta-minta) dari manusia.
3. Waktunya
Sembahyang malam itu harus dikerjakan, sama ada pada awal malam, di tengah-tengah
malam atau di akhir malam. Ini berdasarkan riwayat Al-Hafiz : Bahawa
tahajjud Rasulullah SAW itu tidak ada waktunya yang tetap, malah
terpulang kepada apa yang mudah bagi baginda mengerjakannya jua.
Bagaimanapun , berdasarkan hadis-hadis yang lain, adalah lebih afdhal dilewatkan
sembahyang tahajjud itu sehingga kepada salah satu pertiga yang
akhir dari malam.
Diantara hadis-hadis itu ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Sehampir-hampir
masa seseorang hamba Allah kepada Tuhannya ialah pada waktu tengah
malam yang terakhir, maka kalau anada berminat menjadi seorang dari
orang-orang yang menzikiri (mengingati) Allah pada saat yang tersebut
, maka hendaklah anda lakukan. (At-Tirmizi)
Dan dari Abi Hurairah (RA) beliau berkata bahawasanya Rasulullah SAW telah
bersabda yang bermaksud :
"Allah Azzawajalla turun pada tiap-tiap
malam ke langit dunia ketika tinggal satu pertiga malam yang terakhir
, maka ia berfirman : " Sesiapa yang akan berdoa kepada aku
akan aku perkenankan. Sesiapa yang meminta ampun kepada aku akan
aku ampuninya". (Al-Bukhari)
Maksud hadis ini : Bahawasanya pintu rahmat
Allah itu terbuka pada malam hari seluas-luasnya, khususnya pada
akhir-akhir malam. Segala permohonan diterima pada ketika itu.
4. Bilangan rakaatnya
Sembahyang malam itu tidak ada baginya bilangan
rakaat yang khusus, dan tidak pula ada had sempadan jumlahnya yang
tertentu. Oleh itu, maka boleh berhasil maksud Qiamullai pada minimumnya,
yakni pada jumlah yang paling tidaknya, dengan mengerjakan hanya
satu rakaat witir selepas mengerjakan sembahyang Fardhu Isyak.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya
: Rasulullah SAW telah menyuruh kami mengerjakan sembahyang malam
dan baginda menggalakkannya sehingga ia bersabda : "Hendaklah
kamu mengerjakan sembahyang malam itu walaupun satu rakaat".
(Al-Tibrani)
Bagaimanapun , yang terlebih afdhalnya ialah
selalu mengerjakan sebelas rakaat, iaitu boleh dibuat pilihan samada
hendak dikerjakan sebanyak yang tersebut itu terus menerus sekaligus
atau menceraikannya dengan mengerjakannya berdeket-deket beberapa
rakaat dahulu dan kemudiannya beberapa rakaat lagi.
Aisyah RA berkata : Tidak pernah Rasulullah
SAW (bersembahyang) lebih samada pada bulan Ramadhan atau bulan
lainnya- daripada sebelas rakaat. (Mula-mulanya) baginda sembahyang
empat rakaat tetapi jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakat
sembahyang itu, kemudian baginda sembahyang empat rakaat lagi. Itu
pun jangan ditanya tentang elok dan panjangnya rakaat-rakaat sembahyang
itu. Kemudiannya baginda sembahyang pula tiga rakaat. Lalu (kata
Aisyah), aku bertanya : Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba tidur
sebelum daripada tuan hamba sembahyang witir ? Jawab Rasulullah
: Hai Aisyah bahawa mataku tidur kedua-duanya tetapi hatiku tidak
tidur !(Bukhari dan Muslim)
5. Tahajjud, Sunat Muakkadah
Tahajjud ialah nama bagi sembahyang-sembahyang
sunat tambahan (nawafil) yang dikerjakan selepas bangkit daripada
tidur di tengah Malam. Segala sembahyang yang dikerjakan sebagai
kumpulan witir itu adalah tahajjud.
Mengerjakan tahajjud di tengah malam hukumnya
adalah sunat muakkadah, yakni sunat yang sangat-sangat digalakkan
supaya dikerjakan. Dikatakan yang terutama sekali diantara sembahyang-sembahyang
itu, selain daripada sembahyang Fardhu, ialah sembahyang di tengah
malam.
Ada tersebut dalam hadis Muslim : Seorang sahabat
bertanya kepada Rasulullah SAW : Sembahyang apakah yang terafdhal
selain dari sembahyang fardhu? Jawab baginda : "Sembahyang
Malam".
6. Qadha' Tahajjud
Orang yang biasa menrejakan sembahyang malam,
kalau suatu kali ia luput dari mengerjakannya kerana uzur atau sakit
atau lainnya, maka bolehlah ia kerjakan gantinya pada siang hari
sebanyak dua belas rakaat sebagai Qadha' tahajjud.
Ini bersumberkan kepada hadis Muslim, daripada
Aisyah RA yang menyatakan : Adalah Rasulullah SAW, apabila baginda
luput sembahyang malam dengan sebab sakit atau lainnya, maka baginda
sembahyang pada siang hari dua belas rakaat.
7. Berniat Ketika Hendak Tidur
Orang yang berazam hendak bangkit di tengah
malam kerana hendak Qiamullail, maka disunatkan ketika hendak tidurnya
ia berniat : Bahawa ia hendak bangkit malam nanti kerana hendak
mengerjakan ibdat Qiamullail.
Tujuannya berbaut demikian ialah semoga ia
mendapat pahala bagi apa yang telah diniatkannya itu sekiranya ia
tidak bangkit kerana
benar-benar tidak terjaga dari tidurnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Barangsiapa tiba di hamparan tempat tidur
serta ia berniat hendak bangkit mengerjakan sembahyang malam tetapi
dia dikalahkan oleh matanya- Yakni terus tertidur-sehingga waktu
subuh, maka dituliskan baginya (pahala) apa yang ia niatkan, dan
tidurnya itu pula merupakan sedekah kepadanya daripada Tuhannya".
(An-Nasai dan Ibnu Majah)
8. Kejutan Famili (keluarga)
Seorang suami yang bangkit mengerjakan Qiamullail
di tengah malam adalah disunatkan baginya mengejutkan isterinya
supaya bangkit beribadat sama. Jika isterinya itu enggan, malah
terus tidur, maka bolehlah suami mencari jalan menurut budi bicara
yang baik suapaya isterinya itu bangkit, hingga walaupun dengan
merenjis air ke muka isterinya itu. Dan demikianlah juga sebaliknya-yakni
isteri boleh melakukan perkara yang sama terhadap suaminya.
Rasulullah SAW telah bersabda :
"Allah merahmati seorang suami yang bangkit
dari sebahagian malam lalu ia sembahyang dan mengejutkan isterinya.
Kalau isterinya itu enggan, ia merenjiskan air ke mukanya. Juga
Allah merahmati seorang isteri yang bangkit pada sebahagian malamnya
lalu ia sembahyang dan mengejutkan suaminya. Jikalau suaminya enggan
maka ia merenjiskan air ke mukanya". (Hadis Abu Daud)
9. Beribadat sekadar Minat
Mengerjakan amal ibadat malam hari atau Qiamullail
itu tidaklah merupakan satu kemestian, dengan keterlaluan sangat,
sampai menjadi keberatan kepada diri atau mengganggu kesihatan atau
menjejaskan tenaga bekerja mencari nafkah yang halal pada siang
hari, kerana yang demikian itu bukanlah cara yang diingini. Malah
buatlah sekadar minat dan termampu jua, tetapi biarlah berkekalan
tanpa meninggalkannya kecuali dalam kecemasa atau jika ada apa-apa
halangan yang tak dapat dielakkan.
Berkata Anas RA : Pada suatu masa Rasulullah
SAW masuk ke dalam Masjid dan mendapati ada seutas tali tegang di
antara dua batang tiang di situ. Lalu baginda bertanya : Tali apa
ini ? Jawab para sahabat : Untuk Zainab bersembahyang, apabila beliau
malas atau pun penat ia berpaut pada tali itu. Lalu Rasulullah SAW
bersabda pula : Robaklah dia ! Hendaknya seseorang dari kamu itu
bersembahyang sekadar cergasnya jua. Apabila tidak berminat atau
penat maka hendaklah ia tidur ! (Muttafaq 'Alaih)
Orang bertanya Rasulullah SAW : Apakah satu
amalan yang lebih disukai Allah Taalah ? Baginda menjawab : "Yang
berkekalan walaupun sedikit". (Bukhari dan Muslim)
ATURCARA MENGERJAKAN QIAMULLAIL
1. Bangkit Dari Tidur dan Doanya
Seorang muslim itu sayugialah bangkit dari
tidur malamnya pada waktu sahur, iaitu kira-kira sepertiga akhir
malamnya dan terus membasuh muka serta bersugi giginya, lalu membaca
:
الحَمْد
لِلّهِ الّذِي
أَحْيَانَا
بَعْدَمَا
أَمَاتَنَا
وَإِلَيْهِ
النُّشُوْر
, اَلحَمْد لِلّهِ
الّذِي رَدَّ
عَلَيَّ
رُوْحِي
وَعَافَانِيْ
فِي جَسَدِي
وأَذِنَ لِيْ
بِذِكْرِهِ
, اَلحَمْد لِلّهِ
الّذِي خَلَقَ
النَّوْمَ
وَالْيَقَظَةَ
, اَلحَمْد لِلّهِ
الّذِي بَعَثَنِيْ
سَالِمًا سَوِيًّا
، أَشْهَدُ
أَنَّ اللهَ
يُحْيِ الْمَوْتَى
, وَهُوَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ ،
سُبْحَانَ
اللهِ ، وَالْحَمْدُ
ِللهِ , وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ , وَاللهُ
اَكْبَرُ , وَلاَ
حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللهِ الْعَلِيِّ
الْعَظِيْمِ
، لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
, سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ
أَسْتَغْفِرُكَ
لِذَنْبِيْ
, وَأَسْئَلُكَ
رَحْمَتَكَ.
رَبِّ زِدْنِي
عِلْمًا وَلاَ
تُزِغْ قَلْبِي
بَعْدَ إِذْ
هَدَيْتَنِي
وَهَبْ لِي
مِنْ لَّدُنْكَ
رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الْوَهَّابُ.
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghidupkan
kita setelah ia matikan kita dan kepadanya jua kita dibangkitkan.
Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah mengembalikan rohku
dan telah memberi afiat pada tubuh badanku serta mengizinkan aku
mengingatinya.
Segala puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menjadikan tidur dan jaga dari
tidur, segala puji itu bagi Allah Tuhan yang membangkitkan aku dari
tidur dalam keadaan selamat sejahtera. Aku mengaku bahawa Allah
itu ialah yang menghidupkan orang yang mati, dan dialah yang berkuasa
di atas tiap-tiap sesuatu.
Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah yang Maha Esa yang taiada sekutu
bagiNya, yang empunya pemerintahan dan kepujian, dan dialah yang
berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.
Maha suci Allah, dan segala puji itu bagi Allah, dan tiada Tuhan yang sebenar
melainkan Allah, dan Allah itu Maha Besar, dan tiada daya dan tiada
upaya melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Penyayang.
Tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Engkau jua, Maha Suci
Engkau , Ya Allah ! Aku pohon keampunanMu bagi dosaku dan aku pohon
rahmatMu ya Allah. Ya Allah ! Tambahlah ilmu pengetahuan kepadaMu,
dan janganlah condongkan hati aku dari kebenaran setelah Engkau
kurniakan hidayah padaku, dan kurniakanlah juga kepada aku rahmat
dari sisi kemurahanMu, dan bahawasanya Engkaulah sahaja yang sangat
banyak memberi.
2. Baca Sebelas Ayat Akhir dari Surah Ali Imran
Bila selesai membaca doa-doa yang tersebut di atas, pandanglah ke langit,
atau jika di dalam rumah, pandanglah ke atas, dan sambil itu-jikalau
tidak berhadas besar-bacalah ayat-ayat seratus sembilan puluh (190)
hingga ayat dua ratus (200) dari surah Ali Imran , Iaitu :
(190)
إِنَّ فِي خَلْقِ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
وَاخْتِلَافِ
اللَّيْلِ
وَالنَّهَارِ
َلآيَاتٍ ِلأُولِي
الأَلْبَابِ
(191)
الَّذِينَ
يَذْكُرُونَ
اللَّهَ قِيَامًا
وَقُعُودًا
وَعَلَى جُنُوبِهِمْ
وَيَتَفَكَّرُونَ
فِي خَلْقِ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
رَبَّنَا مَا
خَلَقْتَ هَذَا
بَاطِلاً سُبْحَانَكَ
فَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ
(192)
رَبَّنَا إِنَّكَ
مَنْ تُدْخِلِ
النَّارَ فَقَدْ
أَخْزَيْتَهُ
وَمَا لِلظَّالِمِينَ
مِنْ أَنْصَارٍ
(193)
رَبَّنَا إِنَّنَا
سَمِعْنَا
مُنَادِيًا
يُنَادِي لِلْإِيمَانِ
أَنْ ءَامِنُوا
بِرَبِّكُمْ
فَآمَنَّا
رَبَّنَا فَاغْفِرْ
لَنَا ذُنُوبَنَا
وَكَفِّرْ
عَنَّا سَيِّئَاتِنَا
وَتَوَفَّنَا
مَعَ الْأَبْرَارِ
(194)
رَبَّنَا وَءَاتِنَا
مَا وَعَدْتَنَا
عَلَى رُسُلِكَ
وَلَا تُخْزِنَا
يَوْمَ الْقِيَامَةِ
إِنَّكَ لَا
تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
(195) فَاسْتَجَابَ
لَهُمْ رَبُّهُمْ
أَنِّي لَا
أُضِيعُ عَمَلَ
عَامِلٍ مِنْكُمْ
مِنْ ذَكَرٍ
أَوْ أُنْثَى
بَعْضُكُمْ
مِنْ بَعْضٍ
فَالَّذِينَ
هَاجَرُوا
وَأُخْرِجُوا
مِنْ دِيَارِهِمْ
وَأُوذُوا
فِي سَبِيلِي
وَقَاتَلُوا
وَقُتِلُوا
لَأُكَفِّرَنَّ
عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ
وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ
جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ
ثَوَابًا مِنْ
عِنْدِ اللَّهِ
وَاللَّهُ
عِنْدَهُ حُسْنُ
الثَّوَابِ
(196)
لَا يَغُرَّنَّكَ
تَقَلُّبُ
الَّذِينَ
كَفَرُوا فِي
الْبِلَادِ
(197)
مَتَاعٌ قَلِيلٌ
ثُمَّ مَأْوَاهُمْ
جَهَنَّمُ
وَبِئْسَ الْمِهَادُ
(198)
لَكِنِ الَّذِينَ
اتَّقَوْا
رَبَّهُمْ
لَهُمْ جَنَّاتٌ
تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا
الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ
فِيهَا نُزُلًا
مِنْ عِنْدِ
اللَّهِ وَمَا
عِنْدَ اللَّهِ
خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ
(199)
وَإِنَّ مِنْ
أَهْلِ الْكِتَابِ
لَمَنْ يُؤْمِنُ
بِاللَّهِ
وَمَا أُنْزِلَ
إِلَيْكُمْ
وَمَا أُنْزِلَ
إِلَيْهِمْ
خَاشِعِينَ
لِلَّهِ لَا
يَشْتَرُونَ
بِآيَاتِ اللَّهِ
ثَمَنًا قَلِيلًا
أُولَئِكَ
لَهُمْ أَجْرُهُمْ
عِنْدَ رَبِّهِمْ
إِنَّ اللَّهَ
سَرِيعُ الْحِسَابِ
.
(200)
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ
ءَامَنُوا
اصْبِرُوا
وَصَابِرُوا
وَرَابِطُوا
وَاتَّقُوا
اللَّهَ لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ
.
Makna dan Maksud ayat-ayat :
190-Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan
rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
191-(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka
berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka
pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata):
"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.
192-Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam
neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang
yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
193-Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru
(Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada
Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah
dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan
kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
194-Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan
kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan
kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
195-Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya
Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan
kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah
keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah
(kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat
tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan)
kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan
Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya
Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku
akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah
pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
196-Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan
orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan
kepada mereka).
197-(Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit, (akhirnya akan lenyap),
kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam: dan itulah seburuk-buruk
tempat ketetapan.
198-Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh
Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka
kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan
nikmat pemberian) dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di
sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat,
yang banyak berbuat kebajikan).
199-Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada
Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan
juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk
kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil
keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi
Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
200-Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan).
3. Ketika Pakai Pakai Kain
Ketika memakai kain bacalah doa ini :
اَلْحَمْدُ
للهِ الَّذِي
كَسَانِي هَذَا
وَرَزَقَنِيْ
مِنْ غَيْرِ
حَوْلٍ مِنِّي
وَلاَ قُوَّةٍ
. اللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْأَلُكَ
مِنْ خَيْرِهِ
وَخَيْرِ مَا
هُوَلَهُ وَأَعُوْذُبِكَ
مِنْ شَرِّهِ
وَشَرِّ مَا
هُوَ لَهُ .
Maksudnya
: Segala puji itu bagi Allah, Tuhan yang memakaikan aku pakaian
ini pada badanku dan memberinya akan aku tanpa upaya dan daya kekuatan
dariku. Wahai Tuhan kami ! Aku pohon kepada Engkau kebaikan pakaian
ini, dan kebaikan tujuannya, dan aku pohon berlindung dengan Engkau
daripada kejahatan dan kejahatan tujuannya.
4.
Qadha Hajat
Kemudian
daripada itu, jika ada rasa hendak Qadha hajat, maka pergilah ke
tandas dengan memakai alas kaki dan tutup kepada. Sewaktu memasuki
tandas hendaklah didahulukan langkah kaki kiri.
Ketika
hendak masuk ke tandas-iaitu pada masa masih lagi berada di luarnya
bacalah :
بِسْمِ
اللهِ . اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُبِكَ
مِنَ الْخُبُثِ
وَالْخَبَائِثِ
. أَعُوْذُبِكَ
مِنَ الرِّجْسِ
النَّجَسِ
الْخَبِيْثِ
الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
.
Maksudnya : Dengan Nama Allah. Hai Tuhanku
! Sesungguhnya aku pohon berlindung dengan Engkau dari kejahatan
dan tipu daya syaitan. Hamba berlindung dengan Engkau dari kekotoran
yang najis, yang keji lagi merosakkan, iaitu syaitan yang terkutuk.
Dan ketika keluar dari tandas hendaklah dengan
mendahulukan kaki kanan. Sebaik-baik sahaja keluar darinya bacalah
:
غُفْرَانَكَ
الْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِيْ
أَذْهَبَ عَنِّي
مَا يُؤَذِّيْنِيْ
وَأَبْقَى
عَلَيَّ مَا
يَنْفَعَنِي
Maksudnya : Ya Allah ! Aku pohon keampunan Engkau. Segala
puji itu bagi Allah Tuhan yang telah menghilangkan daripadaku akan
apa yang menyakiti aku dan mengekalkan apa yang manafaat bagiku.
Selepas beristinjak bacalah pula :
اَللَّهُمَّ
طَهِّر قَلْبِي
مِنَ النِّفَاقِ
وَحَصِّنْ
فَرْجِيْ مِنَ
الْفَوَاحِشِ
Maksudnya :Wahai Tuhanku sucikanlah hatiku daripada berpura-pura
(Nifaq) dan peliharalah faraj (kemaluan) ku daripada segala yang
keji.
Masa duduk Qadha hajat atau buang air di tempat terbuka, sayugialah jangan
mengadap atau membelakangi ke arah kiblat, malah di dalam jamban
atau tandas pun elok juga diamalkan begitu, jika boleh.
5. Bersuci di Rumah Lebih Afdhal
Kemudian daripada itu, jika ada kemudahan tempat bersuci atau bilik air
di rumah, maka lebih baiklah (afdhal) bersuci-samada mandi atau
berwudhu'- di rumah sendiri daripada melakukannya di Masjid atai
lain-lain tempat awam. Dan di waktu bersuci hendaklah bersuci dengan
cara yang paling sempurna , iaitu dengan berbuat segala sunat dan
adab-adabnya.
Sesudah selesai bersuci bacalah :
اللَّهُمَّ
اجْعَلْنِي
مِنَ التَّوَابِيْنَ
وَاجْعَلْنِي
مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ
, وَاجْعَلْنِي
مِنْ عِبَادِكَ
الصَّالِحِيْنَ
سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ
أَشْهَدُ أَنْ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
أَسْتَغْفِرُ
وَأَتُوْبُ
إِلَيْكَ . وَصَلَّى
اللهُ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَآلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ
.
Maksudnya : Wahai Tuhanku !Jadikanlah hamba ini dari orang-orang
yang bertaubat, dan jadikanlah hamba ini dari kalangan orang-orang
yang bersuci, dan jadikanlah hamba ini dari orang-orang yang soleh.
Maha suci Engkau , wahai Tuhanku ! Dan dengan kepujian Engkau aku
mengakui tiada tuhan melainkan Engkau. Aku pohon keampunan Engkau
dan aku bertaubat kepada Engkau. Dan telah memberi rahmat oleh Allah
di atas penghulu kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya
dan telah memberi selamat sejahtera.
Selanjutnya bacalah pula surah Al-Qadr iaitu : Inna Anzalnahu Fi Lailatil
Qadr hingga akhirnya, dan kemudiannya berdoa dengan bacaan :
اللَّهُمَّ
اغْفِِرْلِي
ذَنْبِي وَوَسِّعْ
لِي فِيْ دَارِيْ
وَبَارِكْ
لِي فِيْ رِزْقِيْ
وَلاَ تَفْتِنِّيْ
بِمَا زَوَيْتَ
عَنِّيْ .
Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Ampunilah bagiku akan dosaku, berilah
keluasan bagiku pada rumahku, dan berkatilah bagiku pada rezekiku,
dan janganlah Engkau memfitnahkan aku dengan apa yang Engkau telah
ketepikan daripadaku.
6. Dua Rakaat Sunat Wudhu'
Berikutnya, sembahyangilah dua rakaat dengan berniatkan sembahyang sunat
wudhu'. Dan jika kebetulan di dalam di Masjid maka disampingkannya
berniat juga sunat tahiyat Al-masjid.
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama di dalam sembahyang ini
bacalah :
وَلَوْ
أَنَّهُمْ
إِذْ ظَلَمُوا
أَنْفُسَهُمْ
جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا
اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ
لَهُمُ الرَّسُولُ
لَوَجَدُوا
اللَّهَ تَوَّابًا
رَحِيمًا
(النساء
: 64)
Maksudnya : Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,
dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka
mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Kemudian membaca (3 kali) : أستغفر
الله ertinya : Aku pohon ampun daripada Allah.
Kemudiannya baca lagi surah Al-Kafirun. Iaitu : قل ياأيها
الكافرونhingga akhirnya.
Selanjutnya selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah pula
:
وَمَنْ
يَعْمَلْ سُوءًا
أَوْ يَظْلِمْ
نَفْسَهُ ثُمَّ
يَسْتَغْفِرِ
اللَّهَ يَجِدِ
اللَّهَ غَفُورًا
رَحِيمًا
(النساء
: 110)
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya
sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada
Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
7. Wirid Lepas Sunat Wudhu'
Selepas memberi salam sunat wudhu' ini, bacalah wirid berikut ini sebanyak
sepuluh kali tiap-tiap satunya iaitu :
1) اللهُ
أَكْبَرُ
Allah Maha besar
2) اَلْحَمْدُ
ِللهِ
Segala puji itu bagi Allah
3) لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
الله
Tiada Tuhan melainkan Allah
4) أَسْتَغْفِرُ
الله
Aku mohon ampun kepada Allah
5) سُبْحَانَ
اللهِ وَبِحَمْدِهِ Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya
6) سُبْحَانَ
الْمَلِكِ
الْقُدُّوْسُ Maha Suci Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan
tertinggi, lagi Maha Quddus.
7) اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُبِكَ
مِنْ ضِيْقِ
الدُّنْيَا
وَضِيْقِ يَوْمِ
الْقِيَامَةِ
Maksudnya : Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku pohon berlindung
dengan Engkau daripada kesempitan hidup di dunia dan daripada kesempitan
pada hari kiamat.
Peringatan
Selanjutnya bacalah : إِنَّ فِي خَلْقِ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْض
Iaitu ayat 190 hingga 200 surah Ali Imran jika masih belum
dibaca selepas membaca doa bangkit daripada tidur tadi.
8. Sembahyang Witir
Apabila selesai segala-galanya dikerjakan dengan seelok-eloknya, maka mulalah
mengerjakan sembahyang sunat witir sebelas rakaat dengan tiap-tiap
dua rakaat satu salam. Manakala rakaat yang terakhir- iaitu rakaat
sebelas- dengan satu rakaat satu salam.
Lafaz niatnya ialah :
أُصَلِّي
سُنَّةَ مِنَ
الْوِتْرِ
رَكْعَتَيْنِ
ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Bagi yang ke sebelas :
أُصَلِّي
سُنَّةَ الْوِتْرِ
رَكْعَةً ِللهِ
تَعَالَى
Maksudnya : Aku sembahyang sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
9. Bacaan-bacaan Dalam Witir
Bacaan-bacaan dalam sembahyang sunat witir samalah seperti bacaan-bacaan
di dalam lain-lain sembahyang juga, termasuklah doa iftitah, fatihah,
tahiyat, tasbih dan lain-lainnya. Manakala bacaan ayat-ayat pula
terserahlah kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing jua, tetapi
yang sebaik-baiknya bagi yang hafal (hafaz) Quran hendaklah dibaca
pada tiap-tiap rakaat itu dua atau tiga maqra' atau lebih ataupun
kurang, dimulai daripada awalnya hingga khatam Quran yang tiga puluh
juzu' itu dalam beberapa malam.
Yasin, Ad-Dukhan, Tabarakallazi atau lainnya. Dan jika tidak hafal surah
yang panjang-panjang, bolehlah dibaca surah A-Ikhlas dengan diulang-ulang
sebanyak sepuluh kali atau lebih ataupun kurang mengikut sekira-kira
minat dan cergasnya jua.
Apa yang tersebut ini ialah mengenai lapan rakaat yang mula-mulanya. Adapun
tiga rakaat yang terakhir, maka sayugialah dibaca apa yang warid
jua, iaitu sayugialah pada rakaat yang kesembilan dibaca surah Al-A'la
(سَبِّحِ
اسْمَ رَبِّكَ
اْلأَعْلَى
) , pada rakaat yang kesepuluh surah
Al-Kafirun (قُلْ
يَاأَيُّهَا
الْكَافِرُوْنَ) dan pada rakaat yang terakhir surah Al-Ikhlas (قُلْ هُوَ
اللهُ أَحَدٌ)
dan juga المُعَوِّذَانِ
iaitu kedua-dua
قُلْ أَعُوْذُ.
10. Baca Qunut
Pada satu rakaat yang terakhir atau rakaat penyudahnya, iaitu rakaat "witir"
itu elok dibaca qunut seperti sembahyang subuh. Ini adalah dikira
elok serta diamalkan oleh satu kumpulan ulamak, manakala setengah
ulamak lain pula mengatakan sunat dibaca qunut witir itu hanya pada
malam-malam setengah yang akhir daripada bulan ramadhan sahaja.
11. Bacaan Sunat
Sebagaimana di dalam sembahyang-sembahyang fardhu , begitulah juga di dalam
sembahyang sunat witir ini pun elok dan sayugia dihormati-jangan
diabaikan- segala bacaan-bacaan sunat, termasuk bacaan-bacaan tambahyang
pada hujung doa iftitah, tasbih, rukuk, sujud dan sebagainya. Di
antaranya.
a) Bacaan dihujung doa iftitah -
سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ
وَبِحَمْدِكَ
, تَبَارَكَ
اسْمُكَ وَتَعَالَى
جَدُّكَ وَلاَ
إِلَهَ غَيْرُكَ
, اللَّهُمَّ
بَاعِدْنِي
بَيْنِي وَبَيْنَ
خَطَايَا كَمَا
بَاعَدْتَ
بَيْنَ الْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ
، اللَّهُمَّ
نَقِّنِي مِنَ
الْخَطَايَا
كَمَا يُنَقَّى
الثَّوْبُ
اْلأَبْيَضُ
مِنَ الدَّنَسِ
. الَلَّهُمَّ
اغْسِلْنِيْ
مِنْ خَطَايَايَ
بِالْمَاءِ
وَالْبَرَدِ
.
b) Bacaan dalam rukuk selepas tiga kali membaca tasbihnya
اَللَّهُمَّ
لَكَ رَكَعْتُ
وَبِكَ اَمَنْتُ
, وَلَكَ أَسْلَمْتُ
, خَشَعَ لَكَ
سَمْعِيْ وَبَصَرِي
وَمُخِّي وَعَصَبِي
وَشَعْرِي
وَبَشَرِي
وَمَا اسْتَقَلَّتْ
بِهِ قَدَمِيْ
ِللهِ رَبِّ
الْعَالَمِيْنَ
. سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ
رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ
، اَللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
, سُبُّوْحٌ
قُدُّوْسٌ
رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ
وَالرُّوْحِ
, سُبْحَانَ
ذِيْ الْجَبَرُوْتِ
وَالْمَلَكُوْتِ
وَالْكِبْرِيَاءِ
وَالْعَظَمَةِ
.
c) Bacaan dalam I'tidal
رَبَّنَا
وَلَكَ الْحَمْدُ
حَمْدًا كَثِيْرًا
طَيِّبًا مُبَارَكًا
فِيْهِ مِلْءَ
السَّمٰوَاتِ
وَمِلْءَ الأَرْضِ
وَمِلْءَ مَا
شِئْتَ مِنْ
شَيْءٍ بَعْدُ
أَهْلَ الثَّنَاءِ
وَالْمَجْدِ
أَحَقُّ مَا
قَالَ الْعَبْدُ
وَكُلُّنَا
لَكَ عَبْدٌ
لاَ مَانِعَ
لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلاَ مُعْطِيَ
لِمَا مَنَعْتَ
وَلاَ يَنْفَعُ
ذَا الْجَدِّ
مِنْكَ الْجَدُّ
.
d) Bacaan dalam sujud
kemudian daripada tasbihnya tiga kali
َاللَّهُمَّ
لَكَ سَجَدْتُ
, وَبِكَ آمَنْتُ
وَلَكَ أَسْلَمْتُ
، سَجَدَ وَجْهِيَ
لِلَّذِيْ
خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ
وَشَقَّ سَمْعَهُ
وَبَصَرهُ
بِحَوْلِهِ
وَقُوَّتِهِ
تَبَارَكَ
اللهُ أَحْسَنُ
الْخَالِقِيْنَ.
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُ
بِرِضَاكَ
مِنْ سَخَطِكَ
، وَبِمُعَافَاتِكَ
مِنْ عُقُوْبَتِكَ
, وَأَعُوْذُبِكَ
مِنْكَ , لاَ
أُحْصِيْ ثَنَاءً
عَلَيْكَ , أَنْتَ
كَمَا أَثْنَيْتَ
عَلَى نَفْسِكَ
. اللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
ذَنْبِي كُلَّهُ
دِقَّهً وَجُلَّهُ
أَوَّلَهُ
وَآخِرَهُ
سِرَّهُ وَعَلانِيَّتَه
، سُبْحَانَكَ
اللَّهُمَّ
رَبَنَّا َوَبِحَمْدِكَ
, اَللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
سُبُّوْحٌ
قُدُّوْسٌ
رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ
وَالرُّوْحِ.
e) Bacaan di Akhir
Tasyahhud
َاللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ
النَّبِيِّ
الأُمِّيِّ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَأَزْوَاجِهِ
وَذُرِّيَّتِهِ
. كَمَا صَلَّيْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ
، وَبَارِكْ
عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ
النَّبِيِّ
اْلأُمِّيِّ
وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَأَزْوَاجِهِ
وَذُرِّيَّتِهِ
كَمَا بَارَكْتَ
عَلَى إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلَى آلِ
إِبْرَاهِيْمَ
فِيْ الْعَالَمِيْنَ
إِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَجِيْدٌ . اللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
مَا قَدَّمْتُ
وَمَا أَخَّرْتُ
وَمَا أَسْرَرْتُ
وَمَا أَعْلَنْتُ
وَمَا أَسْرَفْتُ
وَمَا أَنْتَ
أَعْلَمُ بِهِ
مِنِّي أَنْتَ
الْمُقَدِّمُ
وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
، اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَعُوْذُ
بِكَ مِنْ عَذَابِ
جَهَنَّم وَمِنْ
شَرِّ فِتْنَةِ
الْمَسِيْحِ
الدَّجَّالِ
. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُبِكَ
مِنَ الْمَأْثَمِ
وَالْمَغْرَمِ
. اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ ظَلَمْتُ
نَفْسِيْ ظُلْمًا
كَثِيْرًا
كَبِيْرًا
وَلاَ يَغْفِرُ
الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ
فَاغْفِرْلِيْ
مَغْفِرَةً
مِنْ عِنْدِكَ
وَارْحَمْنِي
إِنَّكَ أَنْتَ
الْغَفُوْرُ
الرَّحِيْمِ
, اللَّهُمَّ
رَبَّنَا آتِنَا
فِيْ الدُّنْيَا
حَسَنَةً وَفِيْ
الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ
، يَا مُقَلِّبَ
الْقُلُوْبِ
ثَبِّتْ قَلْبِيْ
عَلَى دِيْنِكَ
.
Perhatian :
Di dalam sujud itu bolehlah bermohon kepada Allah dengan apa-apa permohonan
yang diingini , lebih daripada yang tersebut di atas, kerana sehampir-hampir
hamba Allah kepada Tuhannya ialah ketika ia sedang di dalam sujud.
Segala zikir yang tersebut di atas itu sayugialah seberapa bolehnya dibaca
pada tempatnya masing-masing. Tetapi jika belum dihafal atau tidak
mampu dibaca di dalam rukuk dan sujud kerana ada penyakit atau sebagainya,
maka janganlah pula dijadikan alasan sampai tidak berwitir langsung,
malah buatlah setakat yang termampu.
12. Bacaan Selepas Witir
Sebaik sahaja memberi salam rakaat yang terakhir dari sembahyang witir
itu bacalah :
سُبْحَانَ
الْمَلِكِ
الْقُدُّوْسٌ
(3
kali) سُبُّوْحٌ
قُدُّوْسٌ
رَبُّ الْمَلاَئِكَةِ
وَالرُّوْحِ
، جَلَّلْتُ
السَّمَوَاتِ
وَالأَرْضِ
بِالْعِزَّةِ
وَالْجَبَرُوْتِ
, وَتَعَزَّزْتُ
بِالْقُدْرَةِ
، وَقَهَرْتَ
الْعِبَادَ
بِالْمَوْتِ
, اللَّهُمَّ
إِنِّي أَعُوْذُ
بِرِضَاكَ
مِنْ سَخَطِكَ
، وَمُعَافَاتِكَ
مِنْ عُقُوْبَتِكَ
, وَأَعُوْذُ
بِكَ مِنْكَ
, لاَ أُحْصِى
ثَنَاءً عَلَيْكَ
أَنْتَ كَمَا
أَثْنَيْتَ
عَلَى نَفْسِكَ
.
Dan kemudian selepas itu bacalah lagi :
لا
إله إلا أنت
سبحانك إني
كنت من الظالمين
(empat
pulut kali).
13. Jaminan Keampunan
Diantara itu banyakkanlah di dalam hati akan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud :
"Allah Azzawajalla turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal
satu pertiga malam yang terakhir, maka ia berfirman : sesiapa yang
berdoa kepada Aku akan perkenankan, sesiapa yang meminta, akan Aku
beri, sesiapa yang meminta ampun kepadaKu akan Aku ampunkannya".
Sila lihat maksud hadis ini pada muka lima dalam risalah ini.
Seterusnya berdoalah dengan apa-apa doa, pohonlah akan apa-apa permohonan
dan mintalah ampun akan apa-apa kesalahan, insyaAllah akan dikabulkan
Tuhan.
Segala doa sayugialah dimulai dengan Alhamdulillah dan Selawat ke atas
Rasulullah, demikian juga pada penutupannya.
Perhatian :
Segala amalan sunat tersebut itu jika ada kemudahan di rumah- elok dan
lebih akmal dikerjakan di rumah, kerana megerjakan segala nawafil
atau sembahyang sunat tambahan di rumah itu adalah lebih afdhal
kerana tertutup dari pandangan ramai dan lebih terjamin dari dilanda
perasaan riya' atau bangga diri. Bagaimana pun hal ini terserahlah
kepada keadaan masing-masing jua. Kalau di Masjid juga terselamat,
bolehlah di Masjid.
14. Keluar Masjid
Selepas itu kalau ada kemudahan Masjid, keluarlah dari rumah menuju ke
Masjid dengan mendahulukan langkah kaki kiri, sambil membaca :
بِسْمِ
اللهِ آمَنْتُ
بِاللهِ وَتَوَكَّلْتُ
عَلَى اللهِ
وَلاَ حَوْلَ
وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللهِ
. اللَّهُمَّ
إني أَعُوذُ
بِكَ أَنْ أَضِلَّ
أَوْ أُضَلَّ
أَوْ أَزِلَّ
أَوْ
أُزَلَّ أَوْ
أَظْلِمَ أَوْ
أُظْلَمَ أَوْ
أَجْهَلَ أَوْ
أُجْهَلَ
. اللَّهُمَّ
بِحَقِّ السَّائِلِيْنَ
وَبِحَقِّ
الرَّاغِبِيْنَ
إِلَيْكَ مَمْشَايَ
هَذَا إِلَيْكَ
, فَإِنِّيْ
لَمْ أَخْرُجَ
اَشَرًا وَلاَ
بَطَرًا وَلاَ
رِِيَاءً وَلاَ
سُمْعَةً , بَلْ
خَرَجْتُ اِتِقَّاءَ
سَخَطِكَ وَابْتِغَاءَ
مَرْضَاتِكَ
. أَسْأَلُكَ
أَنْ تُعِيْذَنِي
مِنَ النَّارِ
وَتُدْخِلَنِيْ
الْجَنَةَ.
Maksudnya :
Dengan nama Allah, telah aku beriman dengan Allah, aku bertawakkal kepada
Allah, dan tiada daya upaya dan tiada kekuatan melainkan dengan
Allah. Wahai Tuhanku ! Sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu
dari aku ini menjadi seorang yang sesat atau disesatkan, atau aku
terpesong atau dipesongkan, atau aku menzalimi atau dizalimi, atau
menjadi orang bodoh atau dibodohkan. Wahai Tuhanku ! Demi hak orang-orang
yang memohon dan demi hak orang-orang yang meminati Engkau, perjalananku
ini adalah menuju kepada Engkau. Sebenarnya aku keluar rumah ini
bukanlah sebagai orang hilang pedoman, seorang tak mengenang budi,
seorang yang bangga diri (riya') dan bukan pula seorang yang mencari
kemegahan, bahkan aku keluar kerana mengelak dari kemurkaanMu dan
kerana menuntut keredhaanMu. Aku mohon semoga Engkau lindungi aku
dari api neraka dan Engkau masukkan aku ke dalam syurga.
15. Doa Apabila Hendak Masuk ke Masjid
Apabila sampai di pintu Masjid maka baca pula :
أَعُوْذُ
بِاللهِ الْعَظِيْمِ
وَبِوَجْهِهِ
الْكَرِيْمِ
وَسُلْطَانِهِ
الْقَدِيْمِ
مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ.
اَلْحَمْدُ
ِللهِ اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ
وَسَلَّمْ
، اَللَّهُمَّ
اغْفِرْلِي
ذُنُوْبِي
وَافْتَحْ
لِي أَبْوَابَ
رَحْمَتِكَ
وَسَهِّلْ
لِيْ أَبْوَابَ
رِزْقِكَ.
Maksudnya :
"Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar, dengan wajahNya
yang Mulia dan dengan kesultananNya yang qadim daripada syaitan
yang terkutuk. Segala puji itu bagi Allah. Wahai Tuhanku ! rahmatkanlah
ke atas Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad itu dan sejahterakanlah.
Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagimu segala dosaku, dan bukalah bagiku
segala pintu rahmatMu , dan mudahkanlah juga bagiku memasuki segala
pintu rezekiMu !.
Kemudiannya sambil membaca Bismillah ... masuk ke dalam masjid dengan langkah
kaki kanan dahulu. Demikian juga apabila keluar daripada masjid
pun dibaca bagaimana bacaan di atas juga , kecuali
أَبْوَابَ
رَحْمَتِكَ
Itu ditukar dengan
أَبْوَابَ
فَضْلِكَ وَأَعِذْنِي
مِنَ الشَّيْطَانِ
وَجُنُوْدِهِ
,
Yang bererti : Bukakanlah bagiku segala pintu kelebihanMu dan lindungilah
aku dari angkara syaitan dan bala tenteranya.
16. Niat I'tikaf dan sunat tahiyat Al-Masjid
Sebaik-baik sahaja sampai di dalam masjid hendaklah berniat i'tikaf. Dan
apabila sampai di tempat hendak duduk, maka bagi menambahkan kecekalan
hati dalam menghadapi syaitan eloklah diulangi lagi membaca :
أَعُوْذُ
بِاللهِ الْعَظِيْمِ
وَبِوَجْهِهِ
الْكَرِيْمِ
وَسُلْطَانِهِ
الْقَدِيْمِ
مِنَ الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ,
Kemudian langsung terus mengerjakan sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid
dua rakaat sebelum lagi duduk.
17. Zikir Selepas Tahiyat Al-Masjid
Kemudian daripada selesai sembahyang sunat Tahiyat Al-Masjid itu bacalah
:
رَبِّ
اغْفِرْلِي
، وَتُبْ عَلَيَّ
إِنَّكَ أَنْتَ
التَّوَّابُ
الرَّحِيْمِ
(100
kali).
Maksudnya : "Ya Tuhanku ! Ampunilah bagiku, dan terimalah
taubatku, sesungguhnya Engkau ialah Tuhan yang amat menerima taubat
lagi amat mengasihani".
Selepas itu bergiatlah lagi dengan lain-lain Istighfar atau sesuatu zikir
sehingga sampai mendengar azan fajar atau bang subuh.
18. Menjawab Azan
Apabila mendengar azan subuh hendaklah menjawabnya dengan ucapan yang serupa
seperti yang diucapkan oleh Muazzin (tukang bang) itu, melainkan
pada katanya
حَيَّ
عَلَى الصَّلاَةِ
Maka bagi yang mendengarnya menjawab dengan kata
لاَ
حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللهِ
Begitu juga bila muazzin kata :
حَيَّ
عَلَى الْفَلاَحِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata :
لاَ
حَوْلَ وَلاَ
قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللهِ
Adapun pada azan subuh, bila muazzin kata
الصَّلاَةُ
خَيْرٌ مِنَ
النَّوْمِ
Maka yang mendengarnya menjawab dengan kata
صَدَقْتَ
وَبَرَرْتَ
Manakala ucapan-ucapan yang lain , maka ikutlah betul-betul seperti ucapan
muazzin itu, dengan suara perlahan sekadar didengar oleh diri sendiri
dan oleh orang-orang di sebelah menyebelahinya sahaja.
19. Doa Selepas Azan
Selepas daripada selesai menjawab azan itu bacalah :
اللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ
وَسَلَّمْ
. اَللَّهُمَّ
رَبَّ هَذِهِ
الدَّعْوَةِ
التَّامَّةِ
وَالصَّلاَةِ
الْقَائِمَةِ
آتِ مُحَمَّدًا
الْوَسِيْلَةَ
وَالْفَضِيْلَةَ
وَابْعَثْهُ
مَقَامًا مَحْمُوْدًا
الَّذِيْ وَعَدْتَهُ
. اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْئَلُكَ
الْعَافِيَةَ
فِيْ الدُّنْيَا
وَالآخِرَةِ
. اَللَّهُمَّ
هَذَا إِقْبَالُ
نَهَارِكَ
وَإِدْبَارُ
لَيْلِكَ وَأَصْوَاتُ
دُعَائِكَ
فَاغْفِرْلِي
.
(البقرة
:136)
20. Sembahyang Sunat Subuh
Kemudian daripada itu, sembahyanglah sunat subuh dua rakaat . Dibaca selepas
fatihah rakaat yang pertama ayat :
قُولُوا
ءَامَنَّا
بِاللَّهِ
وَمَا أُنْزِلَ
إِلَيْنَا
وَمَا أُنْزِلَ
إِلَى إِبْرَاهِيمَ
وَإِسْمَاعِيلَ
وَإِسْحَاقَ
وَيَعْقُوبَ
وَالأَسْبَاطِ
وَمَا أُوتِيَ
مُوسَى وَعِيسَى
وَمَا أُوتِيَ
النَّبِيُّونَ
مِنْ رَبِّهِمْ
لاَ نُفَرِّقُ
بَيْنَ أَحَدٍ
مِنْهُمْ وَنَحْنُ
لَهُ مُسْلِمُونَ
Seterusnya bacalah اَلَمْ نَشْرَحْ hingga akhirnya dan قُلْ يَاأَيُّهَا
الْكَافِرُوْنَ
hingga akhirnya.
Dan kemudian daripada fatihah rakaat yang kedua dibaca pula :
قُلْ
يَاأَهْلَ
الْكِتَابِ
تَعَالَوْا
إِلَى كَلِمَةٍ
سَوَاءٍ بَيْنَنَا
وَبَيْنَكُمْ
أَلَّا نَعْبُدَ
إِلَّا اللَّهَ
وَلَا نُشْرِكَ
بِهِ شَيْئًا
وَلَا يَتَّخِذَ
بَعْضُنَا
بَعْضًا أَرْبَابًا
مِنْ دُونِ
اللَّهِ فَإِنْ
تَوَلَّوْا
فَقُولُوا
اشْهَدُوا
بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
(آل عمران
: 64)
Seterusnya dibaca pula
اَلَمْ تَرَ
كَيْفَ فَعَلَ
رَبُّكَ
hingga akhirnya dan قُلْ
هُوَ اللهُ
أَحَدْ
hingga akhirnya.
Jika tidak hafal ayat-ayat yang tersebut, bolehlah dibaca قُلْ
يَاأَيُّهَا
الْكَافِرُوْنَ
pada
rakaat yang pertama dan قُلْ
هُوَ اللهُ
أَحَدْ
pada rakaat yang kedua.
21. Zikir Selepas Sunat Subuh
Setelah sembahyang Sunat Subuh itu bacalah :
أستغفر
الله الذي لا
إله إلا هو الحي
القيوم وأتوب
إليك tiga
kali
Dan jika hari itu hari jumaat, maka diulangi baca tiga kali lagi dengan
ditambah
العظيم
Iaitu
أستغفر
الله العظيم
...
Hingga akhirnya dan kemudian baca
اَللَّهُمَّ
رَبَّ جِبْرِيْلَ
وَمِيْكَائِيْلَ
وَإِسْرَافِيْلَ
وَعِزْرَائِيْلَ
وَرَبَّ مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
أَجِرْنِيْ
مِنَ النَّارِ
(3
kali) ,
Dan kemudiannya baca pula
شَهِدَ
اللهُ أَنَّهُ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ هُوَ
وَالْمَلاَئِكَةُ
وَأُولُوا
الْعِلْمِ
قَائِمًا بِالْقِسْطِ
. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ هُوَ
الْعَزِيْزُ
الْحَكِيْمُ
وَأَنَا أَشْهَدُ
بِمَا شَهِدَ
اللهُ بِهِ
وَأَشْهَدُ
عَلَى ذَلِكَ
وَأَسْتَوْدِعُ
اللهَ هَذِهِ
الشَّهَادَةَ
وَهِيَ لِيْ
عِنْدَ اللهِ
وَدِيْعَةٌ
أَسْأَلُهُ
حِفْظَهَا
حَتَّى يَتَوَفَّانِي
عَلَيْهَا
.
Kemudiannya baca
يَاحَيُّ
يَاقَيُّوْمُ
لاَ إِلَهَ
إِلاَّ أَنْتَ
40
kali
Dan kemudiannya lagi :
سبحان
الله وبحمده
سبحان الله
العظيم 100
kali
Jika ada kesempatan sebelum mendengar iqamat (qamat) atau bersendirian
di rumah, bacalah lagi zikir-zikir di bawah ini, tiap-tiap satunya
sepuluh kali iaitu :
سُبْحَانَ
الله
Maksudnya : Maha Suci Allah
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
الله
Maksudnya : Tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah
اَلْحَمْدُ
ِلله
Maksudnya : Segala puji itu bagi Allah
أَسْتَغْفِرُ
الله
Maksudnya : Aku pohon ampun kepada Allah
22. Menjawab Iqamat
Bila mendengar iqamat untuk mendirikan jemaah sembahyang fardhu subuh,
maka jawablah iqamat itu dengan mengikut kata-kata yang diucapkan
oleh juru iqamat seperti pada jawab azan juga, kecuali bila juru
iqamat kata :
قَدْ
قَامَتِ الصَّلاَةُ
Maka yang mendengarnya menjawab :
أَقَامَهَا
الله وَأَدَامَهَا
Dan kemudiannya membaca :
اَللَّهُمَّ
رَبَّ هَذِهِ
الدَّعْوَةِ
التَّامَّةِ
وَالصَّلاَةِ
الْقَائِمَةِ
, صَلِّ عَلَى
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آل
مُحَمَّدٍ
وَسَلِّم . وَآتِهِ
سُؤْلَهُ يَوْمَ
الْقِيَامَةِ
. رَبِّ اجْعَلْنِي
مُقِيْمَ الصَّلاَةِ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِيْ
رَبَّنَا وَتَقَبَّل
دُعَاءَ . رَبَّنَا
اغْفِرْلِي
وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ
يَوْمَ يَقُوْمُ
الْحِسَابُ
. اَللَّهُمَّ
آتِنِيْ أَفْضَلَ
مَا تُؤْتِىْ
عِبَادَكَ
الصَّالِحِيْنَ
.
23. Bacaan-bacaan Sunat
Kemudiannya baca قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ
النَّاس
hingga akhirnya. Dan seterusnya kerjakanlah
sembahyang fardhu subuh dengan berniat mengikut Imam atau menjadi
Imam atau bersendirian mengikut keadaannya. Segala bacaan-bacaan
sunat- disamping bacaan-bacaan wajib seperti doa iftitah, tasbih-tasbih
rukuk dan sujud serta doa-doa hujungnya dan lain-lain zikir lagi
hendaklah seberapa boleh dibaca kesemuanya.
24. Bacaan Selepas Sembahyang
Selepas memberi salam sembahyang fardhu subuh dan juga selepas memberi
salam sembahyang fardhu maghrib khasnya, bacalah :
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ , لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ
يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ
عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرٌ
(10
kali)
اَللَّهُمَّ
أَجْرْنِي
مِنَ النَّارِ
(7
kali)
أَسْتَغْفِرُاللهَ
الْعَظِيْمَ
الَّذِيْ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
هُوَ الْحَيَّ
الْقَيُّوْمَ
وَأَتُوْبُ
إِلَيْهِ
(3 kali)
Dan seterusnya kemudian daripada sembahyang subuh dan maghrib , serta juga
kemudia daripada lain-lain sembahyang fardhu, bacalah
أَسْتَغْفِرُالله
(3
kali)
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ السَّلاَمُ
وَمِنْكَ السَّلاَمُ
, تَبَارَكْتَ
يَا ذَالْجَلاَلِ
وَاْلإِكْرَامِ
.
اَللَّهُمَّ
لاَ مَانِعَ
لِمَا أَعْطَيْتَ
وَلاَ مُعْطِيَ
لِمَا مَنَعْتَ
وَلاَ رَادَّ
لِمَا قَضَيْتَ
وَلاَ يَنْفَعُ
ذَالْجَدِّ
مِنْكَ الْجَدُّ
. اَللَّهُمَّ
أَعِنِّي عَلَى
ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ
وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ
شَرِيْكَ لَهُ
, لَهُ الْمُلْكُ
, وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَلاَ
نَعْبُدُ إِلاَّ
إِيَّاهُ لَهُ
النِّعْمَةُ
وَلَهُ الْفَضْلُ
وَلَهُ الثَّنَاءُ
الْحَسَنُ
. لاَ إِلَهَ
إِلاَّ اللهُ
مُخْلِصِيْنَ
لَهُ الدِّيْنَ
وَلَوْ كَرِهَ
الْكَافِرُوْنَ
. سُبْحَانَ
مَنْ لاَ يَعْلَمُ
قَدْرَهُ غَيْرُهُ
وَلاَ يَبْلُغُ
الْوَاصِفُوْنَ
صِفَتَهُ . سُبْحَانَ
رَبِّيْ الْعَلِّيِ
الأَعْلَى
الوَهَّابِ
.
Dan kemudiannya
سُبْحَانَ
اللهِ (33
kali)
اَلْحَمْدُ
ِللهِ (33
kali)
اَللهُ
أَكْبَر (33
kali)
لاَ
إِلَهَ إِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ
لاَ شَرِيْكَ
لَهُ . لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ
يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ
وَهُوَ
عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرٌ
(100
kali)
Bagaimana pun , kalau ada sesuatu urusan yang perlu disegerakan ataupun
uzur, maka bolehlah zikir yang tersebut ini dibuat secara ringkas.
Iaitu dibaca:
سُبْحَانَ
اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ
وَاللهُ أَكْبَر
(sebanyak
11 kali sahaja)
Peringatan :
Berikutan dari wirid yang tersebut di atas, jika suka dan ada kelapangan,
elok juga diteruskan dengan wirid-wirid yang biasa dibaca pada tiap-tiap
lepas sembahyang, iaitu yang bermula dengan وإلهكم
hingga berakhir bertahlil itu.
25. Penutup
Selepas itu sebagai penutup, berdoalah kepada Allah dengan apa-apa doa
yang biasa dibaca pada tiap-tiap lepas sembahyang atau apa-apa doa
jua bagi memohon apa-apa kehendak bagi kepentingan dunia dan akhirat.
Dan jika mengikut imam, maka berwiridlah mengikut wirid imam dan
mengaminkan doa yang dibaca oleh imam itu.
Sekian, Wallahua'alam
|