| Sepatah
kata
بسم
الله الرحمن
الرحيم
الحمدلله
رب العالمين
والصلاة والسلام
على أشرف الأنبياء
والمرسلين
وعلى آله وصحبه
أجمعين .
Saya
bersyukur kepada Allah SWT. Kerana bersempenaan pelancaran Ihya'
Ramadhan 1419 H bersamaan 1998/99 M, risalah yang menghidangkan
"Santapan Rohani di dalam Bulan Ramadhan dapat dikeluarkan
dengan harapan mendapat manafaat kepada Muslimin sekalian di dalam
menghayati bulan Ramadhan.
Kesempatan
ini juga saya ucapkan kepada sekalian Muslimin, selamat menyambut
bulan Ramadhan alMubarak 1419H dan selamat berpuasa
Haji Cik Dir B. Ibrahim
Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Kelantan.
13 Sya'aban 1419 H,
2 Disember 1998 M.
SANTAPAN ROHANI DI DALAM BULAN
RAMADHAN
بسم الله
الرحمن الرحيم
الحمدلله
رب العالمين
والصلاة والسلام
على أشرف الأنبياء
والمرسلين
وعلى آله وصحبه
أجمعين .
Seandainya
peniaga mencari peluang atau musim baik untuk mendapat keuntungan
besar dari perniagaannya , maka begitu juga bagi orang-orang mukmin
dalam menyambut bulan Ramadhan sebagai musim yang teristimewa, mereka
mempastikan perolehan pahala sebesar-besarnya daripada Allah dengan
penuh yakin di mana Allah akan memberi gandaan pahala amalan-amalan
baik yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan daripada sepuluh kali
kepada tujuh ratus kali ganda pahala dan tidak terhingga lagi banyaknya.
Bagi
memperolehi keuntungan yang besar ini, setiap orang mukminin di
tuntut supaya memberi perhatian sewajarnya kepada perkara-perkara
berikut,
- Bulan Ramadhan musim mencari keuntungan
pahala yang besar untuk akhirat sekali setahun.
- Bulan Ramadhan musim pembebasan daripada
neraka , musim pengampunan dosa terdahulu dan kemudian dan musim
pintu syurga dibuka terusan.
- Bulan Ramadhan musim memperdekatkan
diri kepada Allah dengan melakukan amalan kebajikan dan ketaatan.
- Bulan Ramadhan musim memperkayakan
sifat-sifat mahmudah dan menghapuskan sifat-sifat mazmumah pada
seseorang.
- Bulan Ramadhan musim limpahan rahmat
dan hidayat Al-Quran untuk manusia dan musim memperdekatkan diri
secara sungguh-sungguh kepada Al-Quran (memabaca Al-Quran dan
bertadarrus)
Sama-samalah
kita berusaha memperolehi sebanyak-banyak keuntungan pahala di dalam
bulan Ramadhan dengan amalan-amalan ketaatan kepada Allah. Risalah
ini menghidangkan secebis panduan yang difikir berguna kepada kita
semua untuk dimanafaatkan di sepanjang bulan Ramadhan AlMubarak.
Sekian,
وصلى الله
على محمد
Hormat dari saya,
Jusoh Mamat
Penolong Pengarah Penerbitan
Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam
SANTAPAN ROHANI
BULAN RAMADHAN
1. Peringatan dari langit
Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا
كَانَتْ أَوّلُ
لَيْلَةٍ مِنْ
رَمَضَانَ
وَنَادَى مُنَادٍ:
يَا بَاغِيَ
الْخَيْرِ
أَقْبِلْ. وَيَا
بَاغِيَ الشّرّ
أَقْصِرْ. وَلِلّهِ
عُتَقَاءُ
مِنَ النّارِ.
وَذَلِكَ فِي
كُلّ لَيْلَةٍ
-
Riwayat Al-Khamsah
Maksudnya
: Apabila tiba malam pertama bulan Ramadhan seruan (dari langit)
menyeru : Wahai orang yang ini berbuat kebajikan teruskanlah (mara
berbuat kebajikan), wahai orang yang ingin berbuat kejahatan hentikanlah,
bagi Allah melepaskan ramai orang dari neraka. Seruan itu pada tiap-tiap
malam.
2.
Wasiat Rasulullah SAW.
Hakikat
sebenar bulan Ramadhan dan kebesarannya. Rasulullah SAW telah memberi
wasiat di akhir khutbah baginda , berbunyi :
...
واستكثروا
فيه من أربع
خصال : خصلتين
ترضون
بِهِمَا ربكم
وخصلتين لا
غناء بكم
عنهما . وأما
الخصلتان
اللتان ترضون
بِهِمَا ربكم :
فشهادة أن لا
إله إلا الله
وتستغفرونه .
وأما اللتان
لا غناء بكم
عنهما
فتسألون الله
الجنة ,
وتعوذون به من
النار . ومن
سقى صائما
سقاه الله من
حوضي شربة لا
يظماء بعدها
حتى يدخل
الجنة
Maksudnya
: Perbanyakkanlah beramal di dalam bulan Ramadhan dalam empat perkara.
Dua perkara untuk kamu beroleh keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara
lagi kamu tidak boleh terlepas darinya. Adapun dua perkara yang
kamu beroleh keredhaan Allah ialah kesaksian kamu (syahadah) "
لا إله إلا الله"
dan kamu beristighfar kepada-Nya. Dan dua perkara yang kamu tidak
boleh terlepas darinya ialah kamu memohon syurga dari Allah dan
memohon berlindung dengan-Nya dari neraka. Sesiapa yang memberi
minum kepada orang yang berpuasa (ketika berbuka) Allah akan memberi
minum kepadanya air dari kolamku sebagai air minum yang tidak akan
dahaga lagi selepas meminumnya sehingga dimasukkannya ke dalam syurga.
3.
Penghayatan wasiat
Penghayatan
dari wasiat di atas sebagaimana berikut :
- Perbanyakkan bermalam di dalam bulan
Ramadhan berzikir "
لا إله إلا الله"
.
- Perbanyakkan beristighfar di dalam
bulan Ramadhan dengan mana-mana lafaz istighfar, juga perbanyakkan
bertaubat dari dosa.
- Perbanyakkan berdoa memohon syurga
di dalam bulan Ramadhan juga perbanyakkan berdoa berlindung dari
neraka.
- Memberi makanan atau minuman berbuka
kepada orang berpuasa adalah besar pahalanya.
4.
Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan.
Adalah
suatu keberuntungan kepada orang-orang mukmin yang tidak melepaskan
peluang gandaan pahala yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya
di sepanjang bulan Ramadhan yang meliputi rahmat, keampunan dan
kesucian dari dosa yang melayakkan memasuki syurga.
Rasulullah
SAW menarik perhatian umat-umatnya supaya berusaha mendapatkan gandaan
amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan , di antaranya menghidupkan
malam-malamnya, sebagaimana sabda baginda :
مَنْ قامَ
رَمَضانَ إِيماناً
واحْتِساباً
غُفِرَ له ما
تَقدّم مِنْ
ذَنْبِه
-
Diriwayatkan oleh Bukhari-
Maksudnya
: Barangsiapa yang menghidupkan (malam-malam) bulan Ramadhan (dengan
berbuat amal) sepenuh keimanan dan mencari pahala, diampunkan baginya
dosa yang telah lalu.
5.
Bagaimana hendak dilakukan
Menghidupkan
malam-malam bulan Ramadhan boleh dilakukan sekurang-kurangnya :
- Mengikut pendapat Al-Syaukani : Ialah
dengan, atau semata-mata sembahyang yang memberi maksud menghidupkan
malam dengan beramal malam (Qiamullail).
- Mengikut pendapat Imam An-Nawawi :
Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan berhasil dengan sembahyang
terawih, kerana Qiam Ramadhan tidak berlaku melainkan dengan sembahyang
terawih.
6.
Sebaik-baik peluang
Tiap-tiap
orang mukalaf yang melakukan dosa wajiblah bertaubat segera di dalam
bulan Ramadhan dan sebaik-baik peluang untuk bertaubat. Keperluan
bertaubat sebagaimana berikut :
- Menyesal daripada pekerjaan dosa yang
telah dikerjakan.
- Meninggalkan pekerjaan dosa itu dengan
kehendak sendiri.
- Berazam tidak hendak kembali selama-lamanya
berbuat dosa.
- Benci kepada perbuatan dosa sebagaimana
benci kepada racun.
- Memperbanyakkan beristighfar kepada
Allah.
7.
Praktik bertaubat
Bertaubat
dipraktik atau dilakukan sebagaimana berikut :
- Menyebut dengan lidah : Iaitu mengaku
berlaku zalim dengan menyebut :
رَبِّ , ظَلَمْتُ
نَفْسِيْ , وَعَمَلْتُ
سُوْءَ فَاغْفِرْلِيْ
ذُنُوْبِي
Maksudnya
: Tuhanku, ku telah menzalimi diriku, ku telah melakukan kejahatan,
maka ampunilah segala dosaku.
Dan
juga dengan beristighfar (menyebut mana-mana Istighfar).
- Melakukan dengan anggota iaitu berbuat
sebarang amalan ketaatan kepada Allah, bersedekah dan jenis-jenis
ibadat yang lain.
Mengikut
atsar Sahabat cara bertaubat yang lebih kepada mendapat keampunan
daripada Allah apabila diikuti dengan lapan amalan, empat daripadanya
amalan hati dan empat lagi amalan anggota.
Empat
daripada amalan hati :
1.
Taubat yang disebatikan dengan azam.
2.
Kerelaan hati membuang dosa.
3.
Menimbulkan perasaan takut kepada seksa di akhirat.
4.
Menaruh harapan mendapat keampunan Allah.
Empat
daripada amalan anggota :
1.
Sembahyang sunat Taubat dua rakaat.
2.
Beristighfar kepada Allah 70 kali (selepas salam).
Dan
mengucapkan (100 kali)"سُبْحَانَ
اللهِ الْعَظِيْمِ
وَبِحَمْدِهِ"
3.
Memberi sedekah.
4.
Berpuasa satu hari (selain puasa bulan Ramadhan).
(Ihya'
Ulumuddin , Juzu' 12, M/s 2145)
Kata
Imam Ghazali Rahimahullah, kata setengah hukama' : Sesiapa yang
diberi oleh Allah empat perkara nescaya tiada ditegahkan daripada
empat perkara :
- Sesiapa yang diberi oleh Allah akan
syukur, nescaya tiada ditegahkan tambahan nikmatnya.
- Sesiapa yang diberi oleh Allah akan
taubat, nescaya tiada ditegahkan kebajikan.
- Sesiapa yang diberi oleh Allah musyawarah,
nescaya tiada ditegahkan kebenarannya.
(Hidayah
As-Salikin fi Suluk Maslak Al-Muttaqin m/s 262)
8.
Taubat meninggalkan yang fardu
Jika
dosa yang berhubung dengan meninggal yang fardu seperti sembahyang,
puasa, zakat maka hendaklah segera qadha', bahkan hendaklah diutamakan
qadha' yang fardu dari mengerjakan amalan-amalan sunat. Ini berlainan
dengan sunat di bulan Ramadhan, kerana sunat terawih yang berpahala
besar, juga sunat muakkadah tidak patut ditinggalkan.
9.
Taubat dosa yang bersangkut dengan manusia.
-
Jika doa itu yang berkaitan dengan
harta benda hendaklah dikembalikan kepada empunyanya. Jika yang
empunya harta benda itu sudah tiada lagi maka hendaklah harta itu
dibuat kebajikan atau disedekahkan dengan meniatkan pahala bagi
empunyanya.
-
Jika yang berkaitan dengan mengumpat
dan mencabuli kehormatan hendaklah minta halalkan dari yang kena
umpat dan yang kena cabul.
-
Jika dosa membunuh hendaklah menyerahkan
diri kepada warisnya yang kena bunuh / minta halalkan.
-
Jika dosa meluka / mencedera hendaklah
membayar ganti rugi / minta halalkan jika ia masih hidup.
10.
Taubat dosa yang bersangkut paut dengan binatang.
Mintalah
keampunan dengan Allah, kerana Allah sahaja yang mengampun dan Dialah
(Allah) yang menjadikan binatang.
11.
Rintihan dalam bertaubat.
Iringilah
dalam bertaubat doa rintihan berikut :
اللَّهُمَّ
مَغْفِرَتَكَ
أَوْسَعُ مِنْ
ذُنُوْبِنَا
"
Hai Tuhanku ! Keampunan Engkau terlebih luas daripada segala dosa
kami"
وَرَحْمَتَكَ
أَرْجَى عِنْدَنَا
مِنْ أَعْمَالِنَا
"
Dan rahmat Engkau dan kasihan Engkau lebih besar daripada harapan
kami kepada amalan kami"
وَكَرَمَكَ
وَجُوْدَكَ
مَسْبُوْلٌ
عَلَيْنَا
وَعَلَى الْمُذْنِبِيْنَ
"
Dan kemuliaan Engkau dan kemurahan Engkau terlepas dan terhampar
ke atas kami dan ke atas hamba Engkau yang berdosa"
12.
Contoh istighfar Nabi SAW.
الّلَهُمّ
اغْفِرْ لِي
خَطِيْئَتِي
وَجَهْلِي.
وَإِسْرَافِي
فِي أَمْرِي.
وَمَا أَنَتَ
أَعْلَمُ بِهِ
مِنِّي. الّلَهُمَّ
اغْفِرْ لِي
هَزْلِي وَجِدِّي.
وَخَطَئِي
وعَمْدِي. وَكُلُّ
ذَلِكَ عِنْدِي.
الّلَهُمَّ
اغْفِرْ لِي
مَا قَدَّمْتُ
وَمَا أَخَّرْتُ.
وَمَا أَسْرَرْتُ
وَمَا أَعْلَنْتُ.
وَمَا أَنْتَ
أَعْلَمُ بِهِ
مِنِّي. أَنْتَ
الْمُقَدِّمُ
وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ.
وَأَنْتَ عَلَى
كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيرٌ
Maksudnya
: Ya Allah ! Ampunilah daku kesalahanku, kejahilanku dan perbuatanku
yang melampau-lampau, dalam urusanku, dan perkara yang Engkau lebih
tahu daripadaku. Ya Allah ! Ampunilah daku sendaanku, kesungguhanku,
salahku dan sengajaku, semuanya itu dariku. Ya Allah ! Ampunilah
daku dosaku yang telah kulakukan dahulu dan yang akan kulakukan
kemudian, dosaku yang tersembunyi dan yang nyata padaku dan dosa
yang Engkau lebih mengetahui dariku. Engkaulah yang terdahulu dan
Engkaulah yang terakhir. Engkaulah ya Allah, berkuasa ke atas segala
sesuatu.
13.
Doa menyambut ketibaan bulan Ramadhan
اللّهُمَّ
أَهْلِهُ عَلَيْنَا
بالأَمْنِ
وَإِلايمَانِ
والسَّلاَمَةِ
وَالإِسْلاَمِ
وَالتَّوْفِيْقِ
لِمَا تُحِبُّ
وَتَرْضَى.
رَبُّنَا ورَبُّكَ
اللهُ
Maksudnya
: Ya Allah ! Jadikanlah kedatangan (Ramadhan) ke atas kami dengan
keamanan, keimanan, keselamatan, menyerah diri (dengan agama Islam)
dan mendapat taufik bagi perkara yang Engkau suka dan Engkau redha.
Tuhan kami dan Tuhan engkau (bulan) ialah Allah.
14.
Ucapan setelah di isytihar puasa bulan Ramadhan.
هِلاَلٌ
خَيْرٍ وَرُشْدٍ
آمَنْتُ بالّذِيْ
خَلَقَكَ
Maksudnya:
Anak bulan kebajikan dan anak bulan petunjuk, ku beriman dengan
Engkau (Allah) yang telah jadikan.
15.
Lafaz niat puasa Ramadhan.
نَوْيْتُ
صَوْمَ غَدٍ
عَنْ أَدَاءٍ
فَرْضِ رَمَضَانَ
هَذِهِ السَّنَةِ
ِللهِ تَعَالَى
Maksudnya
: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun
ini kerana Allah taala.
16.
Doa berbuka puasa.
اَللَّهُمَّ
لَكَ صُمْتُ
وَعَلَى رِزْقِكَ
أفْطَرْتُ
Maksudnya
: Ya Allah untuk-Mu ku berpuasa dan atas rezeki-Mu ku berbuka.
17. Doa berbuka puasa bersama
keluarga / beramai-ramai.
اَللَّهُمَّ
لَكَ صُمْنَا
وَعَلَى رِزْقِكَ
أفْطَرْنَا
, فَتَقَبَّلَ
مِنَّا ، إِنَّكَ
أَنْتَ السَّمِيْعُ
الْعَلِيْمُ
Maksudnya : Ya Allah, untuk-Mu
kami berpuasa dan atas rezeki-Mu kami berbuka, maka terimalah amalan
kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
18. Doa ketika menerima sesuatu
pemberian.
بَارَكَ
اللهُ لَكَ
فِيْ أَهْلِكَ
وَمَالِكَ
Maksudnya : Allah memberi berkat
kepadamu, pada ahli keluargamu dan harta bendamu.
جَزَاكَ
اللهُ خَيْرًا
Maksudnya : Allah sahaja yang
membalas dengan sebaik-baik balasan.
19. Ucapan di kala terlintas
di dalam hati sesuatu yang tidak baik / perasaan marah.
أَعُوْذُ
بِاللهِ مِنَ
الشَّيْطَانِ
الرَّجِيْمِ
Maksudnya
: Ku berlindung dengan Allah dari syaitan yang kena rejam.
20. Ucapan Apabila terlanjur
melakukan kesalahan dosa.
أَسْتَغْفِرُ
اللهَ الْعَظِيْمَ
Maksudnya
: Ku memohon ampun dengan Allah yang Maha Besar.
21.
Ucapan apabila dilempar kata-kata kesat / kata-kata tidak sopan
إِنِّيْ
صَائِمٌ , إِنِّيْ
صَائِمٌ
Maksudnya
: Sesungguhnya ku orang yang berpuasa (dua kali)
22.
Ucapan apabila menghadapi sesuatu yang tidak disenangi.
اَلْحَمْدُ
ِللهِ عَلَى
كُلِّ حَالٍ
Maksudnya
: Segala puji bagi Allah atas segala keadaan.
23. Bacaan ketika sujud
tilawah / sujud sejadah.
سَجَدَ وَجْهِي
للّذِي خَلَقَهُ
وَصَوَّرَهُ
وشَقَّ سَمْعَهُ
وَبَصَرَهُ
بِحَوْلِهِوَقُوَّتِهِ
فَتَبَارَكَ
اللهُ أحْسَنُ
الخَالِقِينَ
Maksudnya
: Telah sujud muka dan seluruh diriku kepada Allah yang telah mencipta
dan membentuk rupanya, juga yang telah mencipta pendengaran dan
penglihatannya (dengan perantaraan telinga dan mata). Dengan kuasa
Allah jualah (pendengaran dan penglihatan terpelihara dengan selamatnya).
Maha suci Allah sebaik-baik pencipta.
24. Bacaan ketika sujud
syukur.
الْحَمْدُ
ِللهِ الَّذِي
عَافَانِي
مِمّا ابْتَلاَنِي
, وَفَضَّلَنِيْ
عَلَى كَثِيرٍ
مِنْ عِبَادِهِ
تَفْضِيلاً
Maksudnya : Segala puji dan
syukur kepada Allah telah memberikan kesihatan kepadaku dan apa
yang diuji kepadaku dan telah memberikan banyak kepadaku dari kalangan
hambanya yang ramai.
25. Doa sepanjang bulan
Ramadhan / untuk mendapat Lailatul Qadar.
اللَّهُمَّ
إِنَّكَ عَفُوٌّ
كَرِيْمٌ تُحِبُ
العَفْوَ فَاعْفُ
عَنِّيْ
Maksudnya
: Ya Allah ! Sesungguhnya Engkau Pengampun , Mulia, suka memberi
keampunan, maka ampunilah dosaku.
26. Doa selepas membaca
Al-Quran.
اَللَّهُمَّ
ارْزُقْنَا
بِكُلِّ حَرْفٍ
مِنَ الْقُرْآنِ
حَلاَوَةً
, وَبِكُلِّ
كَلِمَةٍ كَرَامَةً
, وَبِكُلِّ
آيَةٍ سَعَادَةً
, وَبِكُلِّ
سُوْرَةٍ سَلاَمَةً
, وَبِكُلِّ
جُزْءٍ جَزَاءً
. وَصَلَّى اللهُ
عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Maksudnya
: Ya Allah ! Kurniakanlah kepada kami setiap huruf dari Al-Quran
kemanisan iman, setiap kalimah Al-Quran kemuliaan, setiap ayat Al-Quran
kebahagiaan, setiap surah Al-Quran keselamatan, dan setiap juzuk
Al-Quran balasan. Dan selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad, keluarga baginda dan para sahabat kesemua.
27. Uswah untuk kaum wanita.
Jadikanlah
di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini Uswah / ikutan daripada amalan
Siti Fatimah bt. Rasulullah SAW. yang diamalkan ketika hendak tidur,
iaitu :
Baca
33 Kali : سُبْحَانَ
اللهِ
33 Kali : اَلْحَمْدُ
ِللهِ
33 Kali : اَللهُ أَكْبَرُ
Kelebihan
(fadhilat).
-
Dapat mentadbir rumah tangga dengan
baik dan teratur.
-
Dapat melahirkan ahli keluarga bahagia
dan bertakwa kepada Allah.
-
Dapat membentuk suri rumah yang soleh.
Sekian
.
Rujukan
:
- Al-Azkar : li An-Nawawi
- Min wasoya Ar-Rasul SAW.
- Durratu An-Nasihin.
- Mestika Hadis : Jilid 2.
- Ihya' 'Ulumuddin Juzuk 12.
- Hidayatu As-Saliki fi Suluki Al-Muttaqin.
|