بسم الله
الرحمن الرحيم
الحمد لله
الذي أرسل رسوله
بالهدى ودين
الحق ليظهره
على الدين كله
ولو كره المشركون
. والصلاة والسلام
على رسول الله
وعلى آله وأصحابه
أجمعين .
Mesej
Al-Quran merupakan kewajipan asasi bagi setiap muslim untuk diterokai,
difahami dan seterusnya diamali didalam hidup ini. Mesej Al-Quran
kaya dengan fakta sejarah yang sebenar (Hak) dan lain-lain.
Risalah
ini memaparkan fakta sejarah yang diterokai dari "Surah Al-Fath"
untuk dimanafaatkan oleh pembaca sekalian dalam usaha menambahkan
lagi ilmu pengetahuan.
PERISTISWA
PENTING DARI SURAH AL FATH DILIHAT DARI SUDUT SEJARAH
BAAH
AR-RIDHWAN
Mengikut
ahli sejarah Islam diantaranya Ibn Athir yang mencatit di dalam
kitabnya Al-Kamil Fi At-tarikh , Jilid 2, Hlm 86-87 Rasulullah
SAW telah keluar dari Madinah berangkat ke Mekah bersama-sama
dengan sahabatnya dari kaum Muhajirin, Ansor dan kabilah-kabilah
arab lain seramai 1400 orang. Iaitu pada bulan Zulhijjah dengan
tujuan untuk mengerjakan ibadat umarah. Baginda membawa bersamanya
70 ekor unta untuk korban.
Rombongan
Nabi SAW ini berjalan dan sam[ai di Al-Hudaibiyah kemudian berhenti
di situ. Mengikut ahli sejarah Islam, Ibn Hisyam yang tercatit
di dalam kitabnya ; Sirah Nabi, Jilid 3 , Hlm 365-367, Rasulullah
SAW telah berusaha untuk memberitahu kepada orang-orang Quraisy
di Mekah itu bahawa kedatangan baginda bersama rombongannya untuk
menziarah rumah suci Kaabah dan bukan untuk berperang.
Baginda
telah memanggil Saidina Umar Al-Kattab untuk membawa pesanan baginda
kepada orang-orang Quraisy itu maka jawab Saidina Umar : "Wahai
Rasulullah SAW, saya khuatir orang-orang Quraisy akan mengambil
tindakan ke atas saya. Kerana tidak ada di Mekah ini Bani Adi
bin Kaab yang akan melindungi saya.
Orang
Quraisy amat tahu bahawa saya memusuhi dan bertindak ke atas mereka.
Oleh itu saya cadangkan lelaki yang lebih layak membawa pesanan
ini ialah Saidina Othman bin Affan. Maka Rasulullah SAW menjemput
Saidina Othman dan memberi pesanan itu.
Saidina
Othman pergi ke Mekah. Apabila ke Mekah beliau berjumpa dengan
Aban bin Said bn Al-Ass untuk meminta perlindungan (Jiwa) ketika
menjalankan tugas itu. Selepas itu Saidina Othman berjumpa dengan
Abu Sufian dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain serta menyampaikan
pesanan Rasulullah SAW itu.
Setelah
selesai Saidina Othman menyampaikan pesanan tersebut maka kata
Abu Sufian : "Jika kamu ingin tawaf maka tawaflah". Maka kata
Saidina Othman : "Aku tidak akan tawaf sebelum Rasulullah SAW
tawaf".
Dalam
suasana demikian tersebarlah berita bahawa Othman telah dibunuh
oleh orang-orang Quraisy. Maka berita itu sampai kepada Rasulullah
SAW dan pengikutnya. Mengikut ahli tafsir Abi Jaafar Muhammad
bin Jurair At-Tabari di dalam kitabnya , Jami Al-bayan Juzu
26, Hlm 85-86 : Rasulullah SAW memanggil semua pengikut-pengikutnya
mengadakan baiah Ar-Ridhwan di bawah pohon kayu yang bernama
Samrah.
Mengikut
ahli tafsir Abi Abdullah bin Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi
di dalam kitabnya, Al-Jami Al-Ahkam Al-Quran, Juzu 6 Hlm 274-275
: Orang Islam yang melakukan Baiah Ridhwan itu seramai 1,400
atau 1,500 orang semuanya menyahut persetiaan tersebut.
Mengikut
ahli tafsir Ibnu Khathir di dalam kitabnya Tafsir Al-Quran Al-'Azim,
Juzu' 4 , Hlm 186-188 Rasulullah SAW telah menepuk dua tangan
baginda dengan menyeru :
"البيعة
, البيعة , اللهم
إن عثمان في
حاجة الله وحاجة
رسول الله له
,
Kamu
adalah sebaik-baik manusia di muka Bumi Hari ini, tidak dimasukkan
ke dalam Neraka seorang pun mereka yang membuat baiah di bawah
pohon ini."
Berita
Rasulullah SAW membuat bai'ah Ar-ridhwan itu sampai kepada orang-orang
musyrikin Quraisy. Maka mereka itu amat gerun dengan perpaduan
orang Islam yang menyokong Rasulullah SAW yang tidak berbelah
bagi lagi.
PERJANJIAN
DAMAI HUDAIBIYAH
Mengikut
ahli sejarah Islam, Ibnu Hisyam di dalam kitabnya Sirah An-nabi,
Jilid 3 , halaman 365-367 kata Ibnu Ishak kata Az-zuhri orang
musyrikin Quraisy telah mengutus Suhail bin Amru supaya berjumpa
dengan Rasulullah SAW dengan membawa pesanan seperti ini "Datanglah
kamu menemui Muhammad, adakan perjanjian damai (as-sulh). Dalam
perjanjian damai itu hendaklah dimasukkan butiran-butiran ini".
Pda tahun ini hendaklah dia pulang, demi Allah janganlah dikalangan
orang-orang arab bercakap mengatakan bahawa dia berhasil masuk
ke tempat ini (mekah) dengan kekerasan".
Suhail
bin Amru datang berunding dengan Rasulullah SAW dengan panjang
lebar untuk mendapatkan natijah yang baik daripada perdamaian
itu. Rasulullah SAW memanggil Saidina Ali bin Abi Tholib sebagai
penulis perjanjian damai Hudaibiyah itu. Orang-orang musyrikin
dan muslimin sama-sama menyaksi perjanjian tersebut.
Nabi
SAW menyuruh Saidina Ali menulis Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahim,
maka kata Suhail, berhenti !, Aku tidak kenal "Ar-Rahman
Ar-Rahim". Tulislah Bismikallahumma maka baginda Rasulullah
menyuruh Saidina Ali menulis Bismikallahumma.
Kemudian
Rasulullah SAW menyuruh Saidina Ali menulis inilah perjanjian
damai di antara Muhammad Rasulullah SAW. Kata orang-orang musyrikin
Quraisy, berhenti ! Dan sapu perkataan Muhammad Rasulullah SAW.
Jika kami mengakui kamu Rasulullah SAW maka tentu kami tidak memerangi
kamu. Sapu olehmu perkataan Rasulullah SAW. Maka Saidina Ali tidak
mahu menyapu perkataan Rasulullah.
Mengikut
ahli ilmu hadis Muhammad Fuad Abdul Baqi di dalam kitabnya, Al-Lu'lu'
wal Marjan, jilid 2, halaman 244, Rasulullah SAW sendiri menyapu
tulisan perkataan Rasulullah SAW dengan tangan baginda sendiri.
Kata Suhail tulislah nama kamu dan nama bapa kamu.
Maka
baginda Rasul menyuruh Saidina Ali menulis inilah perjanjian damai
di antara Muhammad bin Abdullah dengan Suhail bin Amru yang mana
isi perjanjian itu adalah seperti berikut :
Pertama
: Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
Kedua
: Jika mana-mana orang Quraisy menyerah
kepada Muhammad tanpa izin walinya maka hendaklah dikembalikan
kepada wali mereka.
Ketiga
: Mana-mana orang Islam pengikut Muhammad
menyerah kepada orang-orang Quraisy tidak dikembalikan.
Keempat
: Mana-mana dari masyarakat Arab yang
ingin mengadakan perjanjian dengan orang Quraisy atau dengan Muhammad
dibolehkan.
Kelima
: Kita tidak boleh serang menyerang,
curi mencuri dan khianat mengkhianati di antara satu sama lain.
Keenam
: Tahun ini Muhammad dan pengikutnya
hendaklah pulang meninggalkan Mekah menakalah tahun berikutnya
boleh memasuki Mekah selama tiga hari. Tidak dibenarkan membawa
pedang kecuali pedang yang berada di dalam sarung sahaja.
Mengikut
ahli sirah, Abu Hasan Ali Al-Husni An-Nadawi di dalam kitabnya
As-Sirah An-Nabawiah halaman 279 setelah selesai perjanjian damai
hudaibiyah itu disempurnakan maka Rasulullah SAW berkorban menyembelih
unta dan bercukur kepala baginda kemudian diikuti oleh semua pengikut-pengikut
Rasulullah SAW.
Para
sahabat Rasulullah SAW tidak puas hati dengan isi kandungan perjanjian
damai hudaibiyah.
Para
sahabat Rasulullah SAW tidak puas hati dengan isi kandungan perjanjian
damai hudaibiyah itu kerana dirasakan merugikan umat Islam di
samping melihat orang-orang musyrikin Quraisy telah meletakkan
syarat yang begitu ketat. Manakala sahabat Rasulullah SAW yang
sangat tidak puas hati mengenai perjanjian ini ialah Saidina Umar
Al-Khattab. Beliau telah menemui Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan
berbincang dengan percakapan dialog seperti berikut :
Saidina
Umar Al-Khattab : Hai Abu Bakar, bukankah dia Rasulullah ?
Saidina
Abu Bakar As-Siddiq : Ya memang !.
Saidina
Umar Al-Khattab : Bukankah kita ini muslimin ?
Saidina
Abu Bakar As-Siddiq : Ya memang !.
Saidina
Umar Al-Khattab : Bukankah mereka itu musyrikin ?
Saidina
Abu Bakar As-Siddiq : Ya memang !.
Saidina
Umar Al-Khattab : Kenapakah kita mahu direndahkan oleh mereka
itu dalam soal agama kita.
Saidina
Abu Bakar As-Siddiq : Hai Umar ! Duduklah di tempat kamu,
aku bersaksi bahawa dia Rasulullah SAW.
Kemudian
Saidina Umar Al-Khattab kembali menemui Rasulullah SAW dan mengulangi
semula dialognya dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi dengan
nada yang amat kesal, maka Rasulullah SAW menjawab kepada Saidina
Umar Al-Khattab dengan sabdanya ." Sesungguhnya aku ini hamba
Allah dan Rasul-Nya, aku tidak akan melanggar perintah-Nya dan
Dia tidak akan menyesatkan aku !"
Kemudian
Rasulullah SAW bersabda kepada seluruh sahabat-sahabatnya, "Sabarlah
kamu sesungguhnya Allah menjadikan perdamaian ini sebagai sebab
zahir agama-Nya".
Kitab-kitab
sumber rujukan :
- Al-Imam Nasiruddin Abul Khair Abdullah
As-Syairazi Al-Baidhowi, tafsir Al-Bisyari, Halaman 677-678.
- Al-'Alamah As-Syeikh Ahmad As-Sowi Al-Maliki,
Hasyiah As-Sowi 'ala Tafsir Al-Jalalain, Juz 5, halaman 465.
- Al-Imam 'Alauddin Ali bin Muhammad bin
Ibrahim Al-Baghdadi, tafsir Al-Khazin, Juz 4, halaman 144-147.
- Al-Kurtubi, Al-Jami' li Ahkam Al-Quran,
Juz 16, Halaman 216-275.
- At-Tabari, Jami'ul Bayan, Juz 26, Halaman
85-86.
- Al-Maraghi, Tafsir Al-Maraghi, Juz 16,
Halaman 101.
- Ibnu Kathir, tafsir Al-Quran al-'Azim,
Juz 4, Halaman 186-188.
- Al-Bukhari, Al-Jami' As-Sohih, Fi Bab,
Syurut fi Al-Jihad.
- Muslim, Sohih Muslim, Kitab Al-Jihad
Wa As-Sir, Bab Al-Sulh
Al-hudaibiyah.
- Abu Hassan 'Ali An-Nadawi, As-Sirah
An-Nabawiah, Halaman 279.
- Muhammad Fuad Abdul Baqi, Al-Lu'lu'
wal Marjan, Jilid 2, Halaman 86-87.
- Ibnu Al-Athir, Al-Kamil fi At-Tarikh,
Jilid 2, Halaman 86-87.
- Ibnul Qayyim Al-Jauziyah, Zaad Al-Maad,
Jilid 1, Halaman 382-383.
- Ibnu Hisyam, Sirah An-Nabi, Jilid 3,
Halaman 363-367.
Wallahua'alam.